Tuesday, 4 March 2014

Mengenal Diri

Tak kenal maka tak cinta.
Mengenal diri untuk mengenal Allah. Mengenal Allah untuk mencintai Allah dan Rasulnya.

Apa yang dimaksudkan dengan kenal disini ialah seumpama pelancong yang ingin pergi ke KLCC. Pelancong tersebut hanya tahu nama KLCC. Dia tidak pernah melihat, atau pergi atau mengatahui bentuk dan letaknya banggunan tersebut. Maka kita pun menceritakan kepadanya KLCC tersebut tingginya 88 tingkat, materialnya ialah cermin dan besi berkilat ,banggunannya berkembar dua, jika dilihat dari atas berbentuk 2 kotak disusun bersiri menjadi bentuk seakan bintang. Mempunyai jambatan pada tingkat tertentu yang menghubungi dua banggunan tersebut. Letaknya pula di tengah-tengah Kuala Lumpur, dikelilingi banggunan tinggi. Disekeliling KLCC pula terdapat taman-taman yang indah disertakan sebuah masjid yang cantik.

Jadi walaupun pelancong tadi tidak pernah ke KLCC, sekurang-kurangnya dia dapatlah membayangkan banggunan tersebut walaupun tidak begitu tepat supaya dia sampai ketempat yang dituju. Dan sekiranya tanpa diberitahu dia sampai di situ pastinya dia tahu inilah KLCC maka tidaklah dia kita panggil dalam keadaan tercari-cari.

Itu cerita mengenai makhluk yang berbentuk. Sedangkan Zat Allah yang ingin kita kenali tidak berbentuk yang boleh kita bayangkan, tidak pula bertempat, dan bersalahan dengan makhluk(tidak dibayangi makhluk). Sesungguhnya kita tidak akan capai kenal Allah dengan hanya menggunakan akal. Tetapi kita boleh kenal nama-nama bagi Allah, Sifat bagi Allah, afaal bagi Allah kerana itulah yang dapat dicapai oleh kita dalam peringkat ini. Inilah yang dimaksudkan disini mengenal Allah dan rasulnya pada peringkat yang mampu kita kenali.

"Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan. Dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran melainkan orang-orang yang menggunakan AKAL FIKIRAN NYA". [Al-Baqarah: 269]

Ada diantara kita beranggapan bahawa kita hidup hanya dengan apa yang ada pada zahirnya yang kita nampak dengan mata kasar. Kita makan, minum, belajar, bekerja, berkeluarga mencari kesenangan hidup dan lain-lain. Kita rasakan diri ini mampu untuk bergerak atau melakukan apa sahaja dengan sendirinya. Sehingga kita sanggup mengumpul kemewahan, bermegah dengan pencapaian kita selama ini bersenang-lenang dengan keluarga yang selama ini sentiasa berada disisi kita.

Kita berkata “ inilah apa yang telah aku idamkan selama ini dan dengan berkat usaha gigih aku telah berjaya mencapai impianku” padahal tahukah kita tujuan sebenar kita hidup ini bukan sekadar untuk mencapai cita-cita diri yang zahir sahaja, malah yang lebih utama adalah tujuan diri yang berada didalam kita yang akan kembali menuju Yang Maha Pencipta.

“Kemudian mereka yang (di ambil nyawanya itu) dikembalikan kepada Allah, penguasa mereka yang sebenarnya. Ketahuilah bahawa segala ketetapan hukum (pada hari kiamat itu) miliknya dan dialah pembuat perhitungan yang paling tepat”(Al-An`am:62)

Ternyatalah kita diciptakannya bukan dari segi zahirnya sahaja tetapi kita dicipta olehnya dalam dua bentuk iaitu jasmani dan rohani. Maka rohani inilah yang akan kembali kepada Allah untuk disoal siasat tentang amalan yang telah dilakukan. Sedangkan Jasad hanyalah sebagai saksi apa yang telah diri ini lakukan. Buktinya? Bila kita tidur, apa yang dilakukan oleh jasad kita? jasad kita hanya terdiam kaku kerana roh yang didalamnya telah keluar. Tetapi apa yang terjadi bila roh kembali kepada tubuh badan? Kembalilah jasad tadi bergerak mengikut apa yang diilhamkan akal dan nafsu kita.

" Bahkan manusia itu anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri(Al-Qiyamah : 14)

Samalah dengan solat kita seharian, yang sebenar-benar sedang bersolat itu ialah yang didalam atau(roh), begitu juga dengan puasa, zakat, haji. Apa ibadah yang dilakukan jasad tanpa diikuti yang didalam (Hati) maka itu semua lakonan semata-mata. Apabila kita bersolat, mulut membaca, tangan takbir, kaki berdiri tegak tetapi hati? Hati kita melayang kesana kemari. Hati kita ditayangkan oleh syaitan berbagai-bagai tayangan hebat semasa kita solat. Mulalah akal kita teringatkan kerja itu ini. Teringat macam-macam yang kesemuanya adalah makhluk bukanlah mengingati Allah. Sedangkan yang dipandang Allah didalam hambanya ialah hatinya itu.

“Sesungguhnya tuhan mu mengatahui apa yang tersembunyi didalam hati mereka dan apa yang mereka nyatakan” (An-Naml:74)

Jasmani (Jasad) dan Rohani(Diri yang didalam)

" Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan ROH kepadanya dariKU, maka hendaklah kamu (Malaikat dan Jin) sujud kepadanya, maka sujudlah semua Malaikat semuanya sekali melainkan Iblis yang tidak mahu sujud bersama mereka yang sujud (Al Hijr : 29,30)

Rohani dan Jasmani terdiri dari beberapa bahagian iaitu yang pertama ialah Jasad (Jasmani) terdiri dari daging, tulang, saraf, lemak, kulit, roma, otak, lendir dan lain-lain yang nampak dimata kasar.

"Sesungguhnya telah Kami jadikan manusia daripada pati berasal daripada tanah kemudian Kami jadikan akan pati tanah itu air mani yang disimpan dalam tempat yang kukuh(rahim), kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah; maka segumpal darah itu kami jadikan tulang; maka Kami bungkuskan tulang itu dengan daging kemudian jadikan itu makhluk yang berbentuk lain; maka Mahasuci Allah ialah Pencipta yang paling baik".(AL-Mukminun : 14)

Diri yang dalam pula terbahagi kepada dua : Ruhul Yaqazah iaitu ruh, akal & nafsu dan ruh inilah yang keluar masuk ketika kita tidur. Ruh yang kedua pula dikenali dengan Ruhul Hayat iaitu Nafas kehidupan, diamana ruh ini hanya keluar dan masuk kedalam diri anak adam itu Cuma sekali sahaja seumur hidup.

Pengetahuan kita tentang ruh ini amatlah terbatas dengan hanya sedikit diberitahu kepada kita melalui Al-Quran sedangkan Allah lah yang lebih mengatahui.

"Akan ditanya akan engkau hai Muhammad tentang ruh; Katakan olehmu Ruh itu adalah daripada urusan ku. Kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja". (Al-israk : 85)

"Allah memegang satu-satu jiwa(ruh) ketika matinya. Dan memegang jiwa(ruh) orang yang tidak mati ketika tidurnya. Kemudian dia menahan jiwa orang yang ditetapkan kematiannya(benar-benar mati) dan melepaskan balik jiwa yang lain (ke badan ketika tidur) sehingga sampai ajalnya yang ditentukan ( Az-Zumar : 42)

Ruhul Yaqazah
Ruhul yaqazah pula terbahagi kepada ruh (Qudrat) yang memberikan tenaga atau bakat kepada jasad kita (dikaitkan dengan sifat Qudrat). Seperti memberi bakat melihat kepada mata, bakat mendengar kepada telinga dan bakat berkata-kata kepada lidah. Ruh ini tidak membuat silap atau diistilah sebagai malaikat. Nafsu pula untuk mendorong atau merangsang keinginan (dikaitkan dengan sifat iradat) dan akal untuk berfikir (dikaitkan dengan sifat ilmu) . Setiap satu mempunyai fungsinya sendiri.

Ruh inilah yang dinamakan Hati, hati perut manusia, bukanlah hati yang seketul daging itu.

Akal
Akal yang dikurniakan allah kepada kita membolehkan kita membezakan diantara sifat kemanusiaan atau sifat kehaiwanan. Akal yang membezakan yang mana yang Hak atau yang Batil.

“Demi jiwa(manusia) dan penyempurnaan(kejadian). Maka Allah mengilhamkan jalan yang membawanya kepada kejahatan dan yang membawa kepada kebaikan” (Al-Syams:7-8)

Akal yang ada pada manusia adalah bekerjasama antara satu sama lain. Setiap yang diterima dari pancaindera sama ada mendengar, bau, melihat, percakapan dan sentuhan mampu melahirkan ilmu samada ilmu yang batil atau hak. Sebab itu apabila kita memerhati sekeliling kita dengan menggunakan akal, kita pasti akan mendapat atau terbuka satu huraian dinamakan ilmu.












Akal jua adalah makhluk yang tinggi nilainya yang dikurniakan Allah hanya pada Insan.

Terdapat 4 jenis ilmu yang terhurai dari akal iaitu; ilmu yang hak, ilmu yang batil, ilmu yang ragu-ragu
 kesahihan dan ilmu laduni samaada dari laduni, mimpi atau hidayah Allah.










Ruhul Hayat
Ruhul hayat adalah ruh yang masuk pada ketika kita berumur 120-125 hari didalam perut ibu. Dan keluar pada masa yang telah ditetapkan Allah. Ruh ini dikaitkan dengan sifat Hayyat.

“Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu Dengan sebaik-baiknya, dan dimulakanNya kejadian manusia berasal dari tanah 8. Kemudian ia menjadikan keturunan manusia itu dari sejenis pati, Iaitu dari air (benih) Yang sedikit dipandang orang 9. Kemudian ia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya: roh ciptaanNya. dan ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran), (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.” (al-Sajda:7-9)

Maka kalau kita perhatikan balik lengkaplah 7 sifat yang dipinjamkan oleh Allah kepada kita iaitu 1. Kudrat (memberi kita tenaga untuk melihat(2), mendengar(3) dan berkata-kata(4)) 5. Iradat (Nafsu) 6. Ilmu (Akal) dan 7. Hayyat (Ruh kehidupan)

Cukuplah setakat ini serba sedikit gambaran tentang diri kita sebagai panduan. Untuk mendalami bab ini perlulah kita mencari guru yang lebih arif.

Sifat 20

Di sini tidak di terangkan maksud sifat 20 itu dengan cara yang mendalam, cuma di terangkan saja bab-bab dari ilmu ini dengan cara yang kasar sahaja.

Sifat 20 itu boleh dipecahkan kepada kepada empat bahagian kerana hendak mengenal yang mana satu yang qadim dan yang baharu, ertinya hendak mengenal yang mana satu Zat, Asmak dan sifat. Empat bahagian tersebut ialah :

1. Nafsiyah - Erti Nafsiyah ialah menunjukkan ujud diri Tuhan - Wujud

2.Salbiyah - Menunjukkan ujud sifat ke Agungan Tuhan yang membezakan keadaan makhluk dan Tuhannya . Sifat Salbiyah itu menunjukkan bahawa Dia adalah berbeza dengan makhluk ciptaanNya juga sebagai sifat menafikan perkara yang tidak layak bagi diri Tuhan. Sifat yang menunjukkan ke AgunganNya ada lima sifat iaitu Qidam, Baqa', Mukhalafatuhu Lilhawadis, Qiyamuhu Binafsih dan Wahdaniyah. sifat Salbiyah ujud beserta wujud Zat

3. Ma'ani - Ma'ani menunjukkan makhlukNya iaitu
Qudrat, idarat, ilmu, hayat, sama, bashar, kalam

4. Ma'anawiyah - Menunjukkan ujud nama Tuhan yan baik (Asmaul Husna)
Sifat Ma'anawiyah ini menunjukkan sifat ke Besaran Tuhan :
Hayaan, `Aaliman, Qaadiran, Sami`an, Bashiran, Muridan, Kaunuhu Mutakalliman

Dan Pecahan sifat dibahagi kepada dua iaitu Istaghna dan Iftiqar

Istaghna
Istaghna itu ialah sifat kaya Allah s.w.t yang mengandungi 11 sifat dan terbahagi pula kepada dua bahagian besar, satu di namakan sifat Jalal, dan satu dinamakan Jamal :

1. Sifat Jalal

sifat jalal ini mengandungi lima sifat iaitu

a. Wujud - bermaksud ialah adanya Zat Tuhan perlu bersebab jadinya, tiada berupa, tiada berbandingan, tidak bertempat, dan tidak bermasa.

"Tidakkah sudah datang suatu berita di suatu zaman yang telah berlalu mengikut perhitungan masa yang tidak dapat di sebut-sebut" (Al- Insan:1)

Zat Allah tidak menyerupai apa pun seperti yang dinyatakan didalam Al-Quran;

“Tiada sesuatupun yang menyerupainya daripada segi Zat, sifat dan pentadbirannya. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar Lagi Maha Melihat” – (Al-Syura : 42)

Zat Allah tidak bergantung pada keadaan (tidak bertempat) seperti makhluk yang pasti ada bertempat.


" Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang Yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul." (Al Baqarah:186)

" Dan Demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa Yang dibisikkan oleh hatinya; Kami lebih hampir kepada dua urat lehernya iaitu urat leher manusia " (Al-Qaf :16)


Berserahlah pada Allah kerana hanya Allah sahaja yang memahaminya, manusia tidak akan tercapai untuk memahami hakikat DiriNya

b. Qidam – Sedia ada, tidak ada awal dan tidak ada akhir

c. Baqa' – Kekal untuk selamanya. Wajib kekal tiada akhir.

d. Mukhalafatuhu Taala Lilhawadis – Bersalahan Allah dari sekalian Makhluk. Bersalahan pada Zat, Sifat dan afal. Bersalahan pada zat bermaksud dia sajalah yang kaya dari segalanya. Bersalahan pada sifat bermaksud berkehendak segala makhluk kepadanya dan bersalahan pada afal Allah bermaksud tiada yang dapat memperlakukan sesuatu seperti perlakuan Allah.

e. Qiyamuhu binafsih – Berdiri dengan sendiri pada zat, sifat dan afal - tidak berkehendak berhajat kepada satu sama lain. Berdiri dengan sendiri pada zat tidak berkehendak pada sifat dan afal. Berdiri sendiri pada afal tidak berkehendak pada zat dan sifat dan berdiri dengan sendiri sifat tidak berkehendak pada zat dan afaal kerana lihat pada Wujud, Qidam dan Baqa. Sekiranya Allah itu berdiri kerana sesuatu bermakna Allah itu ada awal dan akhir kerana setiap benda yang ada awal tidak kaya. Dan benda yang ada akhir akan binasa maka terbatallah Wujud, Qidam dan Baqa.
Kalau begitu adakah Allah menjadikan dirinya sendiri? Tidak, kerana kiranya Allah menjadikan dirinya sendiri bermakna dia perlu ujud dahulu kemudian menjadikan. Mustahil, kerana ini bermaksud Allah ada awal dan berhajat pada yang lain.

Sifat Jalal ini menunjukkan adanya Tuhan dan adanya hujah-hujah sifat yang membezakan di antara Tuhan dan makhlukNya, ia di kenali juga sebagai sifat ke Agungan Tuhan,

2. Sifat Jamal
Sifat Jamal adalah menunjukkan sifat ke Elokkan atau sifat ke indahan Tuhan yang mengandungi sifat iaitu

a. Sama’a - Mendengar. Mendengar Allah tidak dengan telinga. Tidak dengan anggota. Tidak tertakluk pada jauh dekat, terbuka atau terhalang, tidak dari mana-mana arah kerana mendengar Allah itu dengan nyata keseluruhannya.

Ketika solat, peganglah 3 sifat ini iaitu sama’a (Allah mendengar kita), Bashar(Allah melihat gerak geri kita) dan Ilmu (Allah tahu niat kita) dengarkan zikrullah didalam hati kita supaya tiada bisikan iblis mengganggu.

Selalulah kita beristighfar kepada Allah kerana hati kita selalu lalai dengan duniawi sehingga kita terlupa untuk menyebut namanya. Hati kita selalu berangan-angan, memandang rendah dengan ciptaannya, berdengki, berniat melakukan sesuatu tidak ikhlas dan lain-lain sedangkan Allah mendengar dan akan disoal mengenainya.

b. Bashar – Melihat. Melihat Allah tidak dengan mata. Tidak dengan anggota. Tidak tertakluk pada cahay terang dan gelap, jauh dan dekat, luar dan dalam, atas dan bawah, atau dari mana-mana arah kerana melihat Allah itu nyata jelas keseluruhannya.

Melihat Allah itu tidak ada batasannya. Tidak berkelip. Allah melihat semua makhluknya tidak dengan benci dan kasih, tidak juga dengan sebab buruk atau baik, tidak dengan puas atau jemu. Maka takutlah kita kepada Allah kerana dia sentiasa sedang memerhati kita setiap saat apa yang hendak kita jawab dengan apa yang kita lakukan selama ini. Malulah dengan Allah kerana kita selalu lalai kepadanya sedangkan kita dijadikan hamba untuk tunduk beribadah kepadanya setiap detik.

c. Kalam – Berkata-kata. Berkata-kata Allah tidak dengan Mulut, Tidak dengan Anggota. Tidak tertakluk pada huruf, suara, tidak berbilang, tidak dahulu dan tidak kemudian, tidak berbisik, tidak menjerit.

Sebelum kita mendirikan solat angkatlah tangan kepada Allah bersyukurlah kita dengan qudratnya kita diberi daya untuk mendirikan solat. Dengan sifat kalamnya kita diajar untuk melakukan satu-satu ibadah yang amat indah. Ibadah yang membawa kita tunduk menunjukkan kita hamba kepadanya. Itulah saat yang amat manis yang dikurnikan Allah kepada umat islam semasa kita hidup yang tidak ada dalam agama lain. Dan saat ini juga yang akan dikenang nanti ketika jasad kita tidak lagi mampu bergerak lagi.

d. Sami`un – Yang sentiasa mendengar

e. Mutakallimun - Yang berkeadaan berkata kata

Sifat ini menunjukkan Dia memilikki sifat mendengar,melihat dan berkata-kata dan lazim kepada sifat tersebut pula yang bertaraf AsmakNya yang membawa kepada maksud Yang Maha Mendengar, Yang maha Melihat dan Yang maha Berkata-kata, sifat ini menunjukkan ujudnya peraturanNya yang di berikanNya kepada manusia.

Iftiqar
Iftiqar yang membawa maksud berkehendakkan sekalian yang baharu kepadaNya, istilah ini menunjukkan semua makhluk ciptaanNya wajib mengadu dan memohon kepadaNya sahaja, ini menunjukkan ujud makhluk pada istilah ini, yang kemudiannya di kenali sebagai sifat

1. QAHAR yang terdiri dari sifat

a. Qudrat – Berkuasa. Berkuasa Allah menjadikan yang tiada kepada ada. Yang lemah kepada berdaya. Yang mati kepada hidup. Yang berhenti kepada bergerak. Tidak pula berhad, takat, ketika, musim atau tertakluk pada apa-apa sekalipun. Tiada berkurangan tidak ada tentangan dan sekatan.

Janganlah kita merasa lemah, dhaif, kekurangan sehingga tidak lalu makan, beribadat, ingatlah Allah sentiasa bersama dengan kita dengan tiada benda yang mampu menjadi sempadannya.
“Dia beserta dengan kamu di mana juga kamu berada” (Al-Hadid:4)

b. Iradat – Berkehendak Setiap sesuatu yang allah jadikan alah dengan kehendaknya. Tidak Allah jadikan dengan secara tak sengaja, tidak juga dengan tabiat kebiasaan, tidak juga untuk mengambil faedah kerana Allah lah yang menentukan setiap sesuatu yang diciptakannya sama ada lelaki & perempuan, panjang & pendek, tinggi & rendah, hina & mulia, hidup & mati, kebaikan & keburukan dan seterusnya.

Setiap makhluk tidak akan terjadi dengan sendirinya melainkan atas kehendak Allah. Begitu juga takdir sesuatu yang terjadi diatas kehendak Allah. Hidup dan mati seseorang pun bukan disebabkan selain Allah kerana hanya Allah lah yang berkehendak sesuatu itu berlaku.

Manusia perlulah berikhtiar dalam melakukan apa-apa pekerjaan dan berserahlah pada Allah untuk menentukannya.

c. Ilmu – Mengetahui Dialah yang maha mengatahui yang nyata atau yang tersembunyi. Tidak ada rahsi dalam ilmu allah kerana semuanya bagi allah itu nyata. Kita berkata didalam hati atau kita berkata pada lidah sama sahaja bagi Allah. Kedua-duanya jelas. Ilmu allah tidak kerana belajar, Allah mengatahui setiap satu yang terjadi pada makhluk di langit dan dibumi. Ilmu Allah tidak dibatas masa mengetahui setiap perkara dari sebelum terjadi, ketika terjadi dan selepas terjadi.
Apa sahaja ilmu yang adalah pancaran dari ilmu Allah. Allah berhak memberikan ilmu kepada sesiapa sahaja yang dikehendakinya dengan berbagai-bagai cara yang diinginkannya sesungguhnya dia yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

d. Hayat – Hidupnya Allah tidak bermula, tiada dengan roh, tiada dengan nyawa dan nafas, tidak pula dengan makan dan minum. Tidak dari tanah,air,api dan angin. Tidak hidup melalui tahun, bulan dan hari kerana Allah itu Qadim. Allahlah yang memberikan kehidupan kepada sekalian Makhluk dan dia juga yang mengambil semula apa yang dikehendakinya.


2. Dan ujud juga sifat Tuhan yang di namakan sifat KAMAL yang menunjukkan sifat Ketuhanan yang mengandungi

a. Qadirun – Yang Berkeadaan Berkuasa

b. Maridun – Yang Berkeadaan Berkehendak

c. Alimun - Yang Berkeadaan Mengetahui

d. Hayyun – Yang Berkeadaan Hidup

Disinilah para ulamak menjelaskan bahawa jika mahu mengenal Allah maka kajilah sifat Istaghna dan jika mahu mengenal diri maka kajilah sifat Iftiqar.

IFTIQAR
Ilmu IFTIQAR adalah untuk kita mengenal diri kita, ilmu ini tersangat luas kefahamannya sehingga ia melibatkan keilmuan sain jika kita huraikan dengan luas dan ia boleh di jadikan bahan untuk kajian ilmiah, istilah IFTIQAR ini telah di perkenalkan oleh ulama ilmu ketuhanan pada zaman dahulu untuk kita mengetahui tentang diri kita (mengenal diri) dan perhubungan diri kita dengan Tuhan

IFTIQAR bermaksud berkehendak sekalian makhluk kepada Tuhan, yang di maksudkan makhluk itu ialah apa juga yang hidup bernyawa atau tidak mempunyai fitrah nyawa kepada Tuhan, dan makhluk itu bermaksud alam yang baharu, ertinya apa juga yang di cipta oleh Tuhan termasuklah manusia, adapun alam itu ialah:

1. Alam Ulwi, iaitu alam yang tinggi seumpama Qalam, Kursyi, Arsy Lauh Mahfuz dan lain-lain alam yang belum lagi manusia mampu sampai dan menyelidikinya dan banyak lagi alam yang tidak di ketahui oleh manusia

2. Alam Sufli, iaitu alam peringkat bawah termasuklah planet bumi ini dan planet yang di bawak peraturan Al Quran, alam Sufli ini kita bahagikan kepada empat bahagian yang perlu kita kaji sebuleh mungkin yang termampu, alam itu ialah :

a. Alam Jamaat, iaitu alam (makhluk) yang membeku dan cair serta bole berkembang seperti benda cecair, batu, benda-benda padat, air, gas dan lain-lainnya

2. Alam Nami, iaitu alam (makhluk) yang berupa tumbuhan yang dapat berkembang biak seperti tumbuhan dan tanaman

3. Alam Haiwan, iaitu alam (makhluk) haiwan di darat dan lautan serta udara yang hidup bernafas dan bernafsu tapi tidak boleh berfikir

4. Alam insan, iaitu alam (makhluk) yang bernyawa dan bernafas serta berakal, boleh berikhtiar dan berfikir serta boleh bergerak

Semua alam-alam yang tersebut di atas berkehendakkan kepada Tuhan dan beribadat kepada Tuhan dengan cara yang telah di fitrahkan oleh Allah s.w.t kepada mereka, kita tidak akan membincangkan alam haiwan, Nami dan alam Jamaat dalam bab ilmu IFTIQAR ini secara menyeluruh akan tetapi kita akan mempelajari alam Insan secara menyeluruh supaya kita dapat mengenal diri kita dan perhubungannya dengan Tuhan

Perlu di ingat bahawa alam yang nyata ini terbahagi kepda dua bahagian pula iaitu alam yang nyata dan alam yang ghaib yang kedua-dua ini bersatu untuk alam ini hidup bermakna dan berfungsi, tanpa alam yang ghaib maka alam yang nyata tidak bermakna apa-apa, seumpama manusia yang mengandungi yang zahir dan yang batin

Telahah di tetapkan bahawa ilmu IFTIQAR itu mengandungi sejumlah 9 sifat, kesembilan sifat-sifat ini menunjukkan fungsi kehidupan manusia sehingga dapat melakukan pengabdian diri manusia kepada Allah s.w.t sifat-sifat itu ialah:

sifat IFTIQAR itu adalah sifat yang mengandungi sifat-sifat yang beserta di antara hamba dengan Tuhannya dengan maksud LAZIM MELAZIMI (bererti tidak bercerai akan tetapi tidak bersekutu) ertinya sifat IFTIQAR ini terbahagi kepada 2 bahagian dengan nama yang berlainan iaitu:

Sifat Qahar - sifat memaksa makhluk atau dikuasai Allah. Sifat inilah ujud pada Roh diri.
Sifat Ma`ani
1. Qudrat bermaksud berkuasa – Akan menjadi Roh, berkuasa.
2. Iradat bermaksud berkehendak – Akan menjadi nafsu pada diri.
3. Ilmu bermaksud mengetahui – Akan menjadi akal pada diri
4. Hayat bermaksud hidup – Akan menjadi nafas kehidupan.

Sifat Kamal - sifat kesempurnaan atau sempurna
SIfat Ma`anawiyah

5. Qadirun bermaksud Yang Maha Berkuasa
6. Maridun bermaksud Yang Maha Berkehendak
7. 'Alimun bermaksud Yang Maha Mengetahui
8. Hayyun bermaksud Yang Maha Hidup


Sifat Salbiyah
1. Wahdaniyah - bermaksud Ke Esaan Tuhan – Esa bagi Zat, Sifat dan afal yang tunggal. Bermakna Zat allah itu tidak berjirim atau berjisim ia tunggal. Esa pada Sifat Allah itu tunggal iaitu pada Qudrat, Iradat dan Ilmu. Yang berbilang-bilang itu takluk dia sahaja. Tiada makhluk yang bersifat seperti sifat Allah. Dan Esa afaal Allah itu tidak ada sekutu perbuatan Allah untuk selamanya. Perbuatan Allah sahaja yang mampu memberikan bekas.

Huraian Zat, Sifat, Afaal dan Asma` Allah

Erti ZAT
Zat adalah rahsia Allah. Bila kita sebut rahsia bermakna dighaibkan dari pengatahuan manusia. Tiada apa yang boleh mengambarkan , tiada isyarat yang dapat memperkenalkan Zat. Antara yang wajib kita percaya sifat bagi zat ialah sifat nafsiah iaitu Wujud. Zat tidak bernama, Allah ialah nama termulia bagi zat yang merangkumi semua 99 nama Allah, sifat, afal dan Rahsia. Bukan zat itu sendiri. Kerana zat itu sendiri rahsia. Sekiranya zat itu bernama, ia telah sama dengan makhluk. Padahal yang wajib kita ketahui sifat zat itu bersalahan dengan makhluk.

Setelah terzahirnya zat tadi baru kita Nampak rangkuman sifat, afal dan nama-nama Allah rangkuman inilah yang kita sebut Allah dan sifat kemuliannya ialah Qidam, Baqa', Mukhalafatuhu Ta'ala Lilhawadis,Qiyamuhu Binafsih dan Wahdaniyah. Ini ada lah sifat salbiyah terzahirnya bagi zat. Zat itu tetap Rahsia tiada pembayang, tiada kata-kata, tiada gambarajah yang mampu mensyaratkannya.

Kata setengah Ulama :

Ertinya: " Tiap-tiap barang yang tersangka-sangka ia dengan segala sangka kamu itu dan kamu dapat akan dia dengan segala akal kamu itu, maka ia itu baharu jua seperti kamu."

Setiap apa yang boleh kita samakan dengan zat itu bermakna itu bukan. Kerana tidak tercapai oleh akal untuk kita mentafsirkan apa itu zat. afal itu apabila terzahirnya kuasa Allah. Sifat itu adalah sifat yang wajib kita tahu bagi zat. Bukan sifatnya zat. Tidak ada apa yang dalam kepala manusia tercapai untuk menentukannya.

Firman Allah Surah Al Hadid: 3, Ertinya :

Dia lah Yang Awal dan Yang Akhir; dan Yang Zahir serta Yang Batin; dan Dia lah Yang Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.( Al Hadid: 3)

Allah menyatakan kepada kita antara sifat yang wajib kita percaya bagi zat iaitu Dialah yang Awal dan dialah yang Akhir. Awal disini tidak bermaksud awal itu dari tiada kepada ada, dan akhir itu bukannya bermaksud dari ada kepada tiada. Tetapi maksudnya sifat bagi zat itu Qidam iaitu sedia ada. Macam mana sedia itu rahsianya.

Patut kita percaya Zat juga bersifat tidak bertempat kalau kita boleh menetapkannya di satu tempat, maka itu bukanlah dinamakan Zat. Sepert yang dinyatakan “Dialah bersemayam diatas Arsy” bukanlah bererti Dia duduk, ditakluki satu tempat atau kawasan iaitu Arsy tetapi bermaksud Dialah Allah yang berkuasa dari tempat yang amat tinggi kedudukannya. Atau kekuasaan Allah itu maha Tinggi malah tercapai hingga lebih atas dari Arsynya. Sama seperti Kaabah, bukanlah rumah itu bererti tempat tinggal, atau dia ujud didalamnya tetapi menunjukkan dia ujud diatas kekuasaannya dan dia itu tunggal supaya manusia mengarah kepada satu tempat tuju iaitu kiblat. Zat Allah adalah miliknya yang mutlaq dan tersendiri.


Tauhid pada zat
Firman Allah: Surah Al Fatihah: 4-5;

“Ertinya: Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.”(Al- Fatihah : 4-5)

Maksudnya Pergantungan yang mutlaq bahawa Zat Allah lah yang memerintah alam ini dan Dialah Tuhan Semesta alam dan tidak pula kita syirik kepada Nya.



Erti SIFAT
Sifat ini ujud apabila berlaku bagi penzahiran zat Allah dengan kuasanya. Sifat disini bukan beerti sifat zat, tetapi sifat yang wajib diketahui setelah terzahirnya Zat Allah. Apa saja yang wujud atau terjadi dalam dunia ini adalah menunjukkan perlakuan sifat Allah. Semua yang wujud diatas dunia ini asalnya dari penzahiran zat Allah. Terjadinya sesuatu kejadian itu adalah diatas kehendak dan keredhaan Allah. Tidak ada satu kejadian itu bukan diatas kehendak dan kemahuanNya.

Firman Allah : Surah Al Baqarah Ertinya:

“Dimana saja kamu berhadapan, disitu kamu lihat wajah Allah” (Al Baqarah:115)

Wajah bukanlah bererti rupa bentuk, tetapi bermaksud terbekasnya, atau terpancarnya, atau pembalikan gambaran seperti cermin yang membalikkan bayang-bayang. Apa yang dilihat didalam cermin itu hanyalah hayalan atau tidak ujud secara zahirnya tetapi yang asal (Yang didepan cermin) itulah yang ujud sebenarnya.

Adapun tauhid pada sifat bergantung sepenuhnya kepada Allah dan tidak berhak ke atas sesuatu kecuali dengan izinNya.


a.Laa haiyun – tidak hidup aku, hanya Allah yang hidup
b.Laa alim – tidak mengetahui aku, hanya Allah yang mengetahui
c.Laa samik’ – tidak mendengar aku, hanya Allah mendengar
d.Laa basir – tidak melihat aku, hanya Allah yang melihat
e.Laa qadim – tidak berkuasa aku, hanya Allah yang berkuasa
f.Laa muriid – tidak berkehendak aku, hanya Allah berkehendak
g.Laa mutakallim – tidak berkata-kata aku, hanya Allah berkata-kata
h.Bi haqi ilallah – dialah sebenar-benar yang haq bagi segala-galanya.


Erti ASMA’
Nama-nama bagi Allah. Nama Allah yang wajib diketahui ada 99. Apa-apa yang disebut diatas muka bumi ini dan mampu dilafazkan oleh lidah dan hati merupakan pembayang kepada nama-nama Allah. (Sama ada yang baik atau yang buruk) Setiap sesuatu itu terjadi dari nama Allah memandangkan bahawa setiap yang wujud itu adalah membawa nama Allah maka sebenarnya sentiasa berhubung kait dengan nama Allah. Asma’aulhusna iaitu 99 nama-nama Allah adalah juga nama sifatnya.

Erti Afa`al
Perbuatan atau perlakuan yang akan menunjukkan bekas. Tiada yang empunya perbuatan dalam alam ini hanya perbuatan Allah. Tiada perbuatan makhluk sebesar zarah jua dalam alam ini melainkan dengan Qudrat Allah. Terjadinya sesuatu yang berlaku diatas dunia ini adalah atas gerak-geri Allah. Tidak bergerak sesuatu itu kalau tidak diatas kehendaknya.

Firman Allah dalam surah Al Baqarah :

“Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi (dengan segala keindahannya); dan apabila Ia berkehendak (untuk menjadikan) suatu, maka Ia hanya berfirman kepadanya: "Jadilah engkau!" Lalu menjadilah ia. (Al Baqarah:117)

Adapun tauhid pada Afa`al iaitu kelakuan Allah dimana dengan menafikan kelakuan diri zahir atau makhluk lainnya dan dengan mengisbatkan semuanya kelakuan zat Allah semata-mata.

Perlakuan Allah ini bukanlah termaktub kepada yang indah, elok, cantik, kebaikan sahaja tetapi keburukan, bala, masaalah juga adalah perlakuan Allah.

Contoh kalau kita diberhentikan kerja. Ini adalah contoh keburukan yang menimpa. Jadi janganlah melenting, marah, tersinggung sebaliknya yang pertama kali patut kita sedar ialah itu adalah perlakuan Allah. Setiap sesuatu terjadi kerna hendaknya. Dan Allah bila dijadikan sesuatu bala bukan kerana hendak menyiksa hamba, tetapi bertujuan untuk menyedari. Mungkin kita telah lama lupa pada Allah, Jadi ditunjukkan pada kita isyarat supaya kembali ingat padanya.

“Tidak dijadikan manusia untuk selain untuk beribadat kepadaku”. Dalam hendak atau tidak, pasti akan merasa muram, sedih, dengan kejadian tadi dan kemudian barulah cari tikar sembahyang, sujud balik pada Allah dan tahap keimanan masa ditimpa musibah ini amat berlainan. Kita akan berasa kosong sahaja. Segala angan-angan hilang. Pada masa inilah kita patut ambil kesempatan kerana ketika hati kita kosong, nafsu pun tertutup yang ujud hanya satu, Allah. Disinilah terjadinya ketika hamba itu benar-benar mengesakan tuhannya.

3 Perkara yang perlu kita ingat apabila kita ditimpa musibah.
1. – Tauhidkan Sifat dan Afa`al Allah – Iaitu Tidak terjadi sesuatu itu perbuatan dan kehendak Allah.
2.- Tauhidkan Asma`a Allah Percaya sesungguhnya dialah sebaik pemimpin – Allah sentiasa beserta kemana jua kita berada. Ingatlah pada Allah.
3. Setiap keburukan pasti ada jalan keluar sebagaimana firmannya :

“Oleh itu maka tetapkan kepercayaan mu bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan” (Al-inshirah : 5-6)

Dua kali Allah ulangi didalam ayat diatas. Sedangkan sekiranya dinyatakan sekali pun wajib percaya. Tetapi ini menunjukkan Allah benar-benarlah yang akan keluarkan dari satu-satu musibah.

Begitulah dengan setiap apa jua kejadian yang berlaku disekeliling kita. Sentiasa esakan Zat, sifat asma dan Afa`al Allah setiap masa.


Saksilah pada yang banyak itu kepada yang satu.
Kita melihat dan meyakini semua kelakuan dan perbuatan diatas alam ini datang daripada yang satu (kesan perlakuan Allah dengan kehendaknya).

Saksilah pada yang satu itu kepada yang banyak.
Melihat dan meyakini perlakuan Allah Dialah yang menghasilkan atau menimbulkan perlakuan diatas alam maya ini.

Saksilah pada yang satu itu kepada yang satu.
Dialah yang nyata.



Alam Kubur...Setiap manusia yang merasai hidup Pasti akan merasai mati. Maka persiapkan dirimu untuk menempuhinya. Didalam kubur itu gelap Maka perbanyakkanlah mencari ilmu Kelak akan menjadi cahaya menerangi Didalam kubur itu keseorangan Maka perbanyakkanlah solat dan sedekah Kelak akan menjadi sahabat menemanimu Didalam kubur itu banyak soalan Maka beribadahlah dengan ikhlas Kelak akan menjawab semua soalan bagimu Didalam kubur itu tiada makan Maka kurangkan lah makan ketika hidup mu Didalam kubur itu penuh siksaan Maka bersihkanlah dirimu ketika beribadah Didalam kubur itu mata mu buta Maka celikkanlah mata hati mu ketika kamu hidup Didalam kubur itu penuh ketakutan Maka beranikan dirimu ketika didunia Alam kubur itu terlalu lama masanya Maka ingatlah Allah setiap masa ketika hidup mu Kelak didalam kubur Allah tidak melupakanmu setiap masa 'Bermegah-megahan telah melalaikan kamu, sampai kamu masuk ke dalam kubur. Janganlah begitu, kelak kamu akan mengetahui.' (at-Takatsur: 1-3) "Dan barangsiapa berpaling dari peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit." (Thaahaa: 124) Diriwayatkan oleh Ibnu Majah dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah bersabda, "Kalian tahu, untuk siapa ayat" maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit, dan Kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta" ini diturunkan? Dan kalian tahu, apa yang dimaksudkan dengan penghidupan yang sempit itu?" Para sahabat menjawab, "Allah dan Rasul-Nya yang tahu." Beliau bersabda, "Itu adalah siksa orang kafir di dalam kubur. Demi Allah yang jiwaku berada dalam genggaman-Nya, sesungguhnya akan dikuasakan kepadanya sembilan puluh sembilan naga. Setiap ekor naga menjilat, melilit, dan menggigit tubuhnya hingga hari kiamat nanti, lalu ia akan digiring ke tempatnya dalam keadaan buta." Sebuah hadits diriwayatkan oleh Ali bin Ma'bad dari Abu Hazim dari Abu Hurairah bahwa ia berkata, "Ketika mayat diletakkan di dalam kubur, ia didatangi malaikat yang diutus Tuhannya dan bertanya, 'Siapa Tuhanmu?' Bagi orang yang diberi keteguhan oleh Allah, ia akan menjawab, Tuhanku adalah Allah.' Ketika ditanya, 'Apa agamamu?' Ia menjawab, 'Agamaku Islam.' Dan ketika ditanya, 'Siapa nabimu?' Ia menjawab, 'Nabiku adalah Muhammad' Merasa sebagai orang yang beruntung, ia berkata kepada malaikat, 'Biarkan aku bertemu dengan keluargaku. Aku ingin menyampaikan kabar gembira ini kepada mereka.' Namun, malaikat berkata, Tidurlah saja dengan tenang, kamu akan dipertemukan dengan teman-temanmu.' Tetapi, bagi orang yang tidak diberi keteguhan oleh Allah, ketika ditanya oleh malaikat, 'Siapa Tuhanmu?', ia tidak bisa menjawabnya. Sehingga, ia lalu dipukul oleh malaikat, dan ia menjerit kesakitan yang suaranya bisa didengar oleh seluruh makhluk kecuali jin dan manusia. Lalu malaikat berkata, 'Tidurlah dengan menderita’




Setiap manusia yang merasai hidup Pasti akan merasai mati. Maka persiapkan dirimu untuk menempuhinya.

Didalam kubur itu gelap
Maka perbanyakkanlah mencari ilmu
Kelak akan menjadi cahaya menerangi

Didalam kubur itu keseorangan
Maka perbanyakkanlah solat dan sedekah
Kelak akan menjadi sahabat menemanimu

Didalam kubur itu banyak soalan
Maka beribadahlah dengan ikhlas
Kelak akan menjawab semua soalan bagimu

Didalam kubur itu tiada makan
Maka kurangkan lah makan ketika hidup mu
Didalam kubur itu penuh siksaan
Maka bersihkanlah dirimu ketika beribadah

Didalam kubur itu mata mu buta
Maka celikkanlah mata hati mu ketika kamu hidup

Didalam kubur itu penuh ketakutan
Maka beranikan dirimu ketika didunia

Alam kubur itu terlalu lama masanya
Maka ingatlah Allah setiap masa ketika hidup mu
Kelak didalam kubur Allah tidak melupakanmu setiap masa

'Bermegah-megahan telah melalaikan kamu, sampai kamu masuk ke dalam kubur. Janganlah begitu, kelak kamu akan mengetahui.' (at-Takatsur: 1-3)

"Dan barangsiapa berpaling dari peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit." (Thaahaa: 124)

Diriwayatkan oleh Ibnu Majah dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah bersabda, "Kalian tahu, untuk siapa ayat" maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit, dan Kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta" ini diturunkan? Dan kalian tahu, apa yang dimaksudkan dengan penghidupan yang sempit itu?" Para sahabat menjawab, "Allah dan Rasul-Nya yang tahu." Beliau bersabda, "Itu adalah siksa orang kafir di dalam kubur. Demi Allah yang jiwaku berada dalam genggaman-Nya, sesungguhnya akan dikuasakan kepadanya sembilan puluh sembilan naga. Setiap ekor naga menjilat, melilit, dan menggigit tubuhnya hingga hari kiamat nanti, lalu ia akan digiring ke tempatnya dalam keadaan buta."

Sebuah hadits diriwayatkan oleh Ali bin Ma'bad dari Abu Hazim dari Abu Hurairah bahwa ia berkata, "Ketika mayat diletakkan di dalam kubur, ia didatangi malaikat yang diutus Tuhannya dan bertanya, 'Siapa Tuhanmu?' Bagi orang yang diberi keteguhan oleh Allah, ia akan menjawab, Tuhanku adalah Allah.' Ketika ditanya, 'Apa agamamu?' Ia menjawab, 'Agamaku Islam.' Dan ketika ditanya, 'Siapa nabimu?' Ia menjawab, 'Nabiku adalah Muhammad' Merasa sebagai orang yang beruntung, ia berkata kepada malaikat, 'Biarkan aku bertemu dengan keluargaku. Aku ingin menyampaikan kabar gembira ini kepada mereka.' Namun, malaikat berkata, Tidurlah saja dengan tenang, kamu akan dipertemukan dengan teman-temanmu.' Tetapi, bagi orang yang tidak diberi keteguhan oleh Allah, ketika ditanya oleh malaikat, 'Siapa Tuhanmu?', ia tidak bisa menjawabnya. Sehingga, ia lalu dipukul oleh malaikat, dan ia menjerit kesakitan yang suaranya bisa didengar oleh seluruh makhluk kecuali jin dan manusia. Lalu malaikat berkata, 'Tidurlah dengan menderita’


Boleh ke kita kenal ALLAH? Apa itu tabligh?

salam..banyak soalan nak jawabni..sya cuba ringkaskan dan sya cuba jwb semua sekali dalam 1.

No1. kenal allah itu sperti yg sya kata, kenal sifat, perbuatan allah. Kita disalah fahamkan awaluddin makrifattullah tu mengenal allah. mengenal itu yg diminta oleh alquran ialah mengenal amanah allah. cth rumah allah..aa allah ada rumah? itu syirik..allah tidak perlu perlindungan makluk(rumah). tetapi rumah amanah allah ada. iaitu rumah tempat banyak2 ingat allah.

mmg sebutannya rumah allah. tapi artinya rumah amanah allah. begitu juga makrifatullah, kenal allah..tapi kenal itu kenal amanah allah. bleh kenal allah? dia ada tangan kaki? boleh dilihat? boleh dibayang? itu semua syirik.

Tiada satu ayat alquran suruh kita mencari allah. Tetapi ayat suruh kita kenal amanah allah itu wajib sampai allah golongkan sesat org yg tidak kenal amanah allah. apa itu amanah?

amanah ini ditanyakan dahulu kepada semua maklukh siapa yg sanggup pikul? semua makluk tidak sanggup melainkan yg bernama manusia. gunung,malaikat, jin semua tidak sanggup.

Kerana apa manusia sanggup? kerana manusia punyai hati rohani dan hati nurani. Hati inilah yg diciptakan mmg untuk memegang amanahnya.

apa itu amanah allah? ketika kita didalam perut ibu, ketika itu lah berlakunya perjanjian kita dengan malaikat izrael. ketika dimasukkan roh kedalam jasad terus jasad itu ditanya siapa tuhanmu..maka hati janin itu sebut allah. dan itulah yang disebutnya sampai bayi tersebut pandai bercakap tidak lupa walau sesaat pun terus menurus menyebut ALLAH didalam hati.

Kerana apa tidak lupa sesaat? kerana itu lah sifat nafsu mutmainnah. nafsu yg cintakan allah. nafsu ini hanya datang kepada hati yg selagi menyebut nama allah. lupa sesaat, nafsu ini terus pergi..yg masuk ialah nafsu haiwan (lawamah dan mulhemah) juga nafsu syaitan (amarah).

Maka sebab itu allah befirman celakalah org yg hatinya tidak berzikrullah mereka itu dalam kesesatan yang nyata : alzumar 22.

bila hati banyak sebut allah..allah, maka nafsu mutmainnah itu cintakan jasad. nafsu ini nafsu manusia. allah berfirman" kholakal insan namin alaq" -= menjadikan manusia dari hati. itu..terjadi manusia itu bila hatinya bersih iaitu sentiasa mengingati allah.

Itulah nafsu mutmainnah. (ROH MANUSIA).. roh inilah urusan allah yg allah firman.. kalau ditanya pasal roh, katakan itu urusan allah, hanya sedikit yg mengenali. (sedikit manusia yg kenal) sebab itu ahli sufi, rasullulah, saidina abu bakar, sal man farisi, imam abu yazid bustami, imam ahmad (abg imam ghazali) dan ramai lagi sufi2 yg amat titik beratkan amalan zikrullah (bersih hati dulu untuk jadi manusia).

roh ini allah ciptakan untuk mendampingi manusia..kenapa kita lupakan sahabat setia kita ini? maka sebab itu allah firman "didalam diri kamu sendiri kenapa kamu tidak memerhati".

Org mukmin, ahli sufi, semua itu org yg telah kenal roh (makrifah) kerana roh ini yg dimasukkan keladam jasad ketika dalam perut ibu, dan roh ini yg memimpin ketika alam syahadah(dunia) juga alam barzakh(kubur) juga alam akhirat(kekal).. ada ke masanya roh ini tidak memimpin kita didalam mana-mana alam? jawapan nya tiada.. kalau tiada kenapa kita tidak mahu kenal?

Kenapa pula cari allah. allah dah pesan dia laisa kamislihi.. nur muhammad(kekasih allah) pun pernah mencari allah tetapi tidak ketemui..ini kan kita manusia biasa...

Rasullullah duduk dalam gua ketika umur 25 tahun hingga umur 40 tahun mencari allah ke? tidak..dia berzikrullah (hidup amalan perut ibu) untuk mencari roh.(diri) membersihkan diri baru roh nafsu mutmainnah sayang. hanya roh ini yg dapat hidayah allah. roh haiwan dan roh syaitan tak dapat..sekadar dapat ilham aje..cipta senjata, cipta roket, cipta nuklear, tetapi roh nafsu mutmainnah diberi hidayah bahawa allah memelihara.. mana lebih kuat, nuklear atau pelihara allah?? abis tu kenapa tidak mahu cari amanah allah? pasal allah pesan org yg mengigati allah, dipeliihara allah. boleh ke ingat allah dilidah? itu ingat cara munafik. cari org beriman ingat allah itu dikalbi(tempat jatuh pandangan allah)

yg mencari tuhan ni org2 zaman jahiliah. setelah rasullullah turun, rasullullah suruh beriman sahaja..rasul pun tak suruh cari/kenal allah..tapi rasul suruh beriman.. sebab dia sendiri tak kenal allah..tapi dia kenal amanah allah, kenal nur ciptaan allah, kenal malaikat(makhluk allah)..kalau rasul tak suruh..kenapa kita nak ikut ulama/ustaz/kitab..


BAB tabligh.

Tabligh itu sifat ke3 rasullullah.
Sidiq, amanah, tabligh fatanah.

Boleh tabligh..tapi kene siddiq dulu.. apa itu siddiq??

Siddiq itu org yg benar (tidak berdusta) org yg mengaku 2 kalimah syahadah dan menyaksikan kalimah allah dikalbu itu org yg tidak berdusta.. kalau sekadar mulut lafaz lailahaillahl muhamadar rasullullah, tetapi kalbu kosong tiadak makrifah, itu allah kata "mereka sentiasa berdusta". kalau berdusta, soalt, puasa semua allah balas neraka. sebab tiada iman dan tidak mahu melakukan amalan iman.

apa itu amanah?
amanah itu org yg melakukan amanah yg telah dijanji semasa dalm perut ibu. amanah yg gunung tak dapat pikul, malaika tak sanggup pikul, amanah yg jin dan iblis juga tak mampu pikul..itu lah hati yg sentiasa mengingati allah disertai makrifat melihat kalimah tauhid (bukti dari allah) dihati. "Allah menjadikan iman itu kecintaan mu serta di perhiaskannya Dalam hati kamu" hati itu cantik...kalau pejam mata tengok hati tu gelap aje..tok sah lah susah2 nak mengaku beriman..itu berdusta.. usaha terangkan hati dulu.. bukan susah nak tgk diri sendiri tu beriman atau tidak.. allah dah pesan diri sendiri tahu amalan masing2..

apa itu tabligh.
Iaitu org yg telah melakukan 2 diatas, lalau mendapat hidayah allah lalu menyampai-nyampaikan.. kalau iman takde, kalbu gelap tiba2 nak sampai kan itu lah kerja iblis. cuba lihahat surat al asr. demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian melainkan orng beriman dan beramal saleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran..

itulah hukum kaitnya dengan sidiq, amanah, tabligh,

iaitu maksud ayat tersebut. manusia itu dalam kerugian. soalt rugi, kerja rugi, pausa rugi kalau takat islam, kristian atau apa2 ilmu agama. tapi tak mau beriman.

syarat nak beramal ialah iman dahulu. apa itu iman? kene la blajar dan amal iman. iman tak dapat dengan ilmu sahaja.. iman takde di universiti al-azhar, uia, mesir, sekolah pondok, iman takdapat dengan solat, puasa, sedekah, tapi iman itu dari allah kepada hati yg bersih suci sentiasa ingat allah. kalau tak da sebut allah dihati allah kata org2 sesat, lebih hina dari haiwan ternakan(ayam itik babi).. mati pun jadi bangkai sama macam haiwan..tak mau nya jadi bersih suci tak rosak dimakan tanah. pasal tak mau kenal roh. ada org beriman mayat nya hancur dalam tanah?? kalau ada beerti allah itu menipu lah.. org kita pandai2 cakap nak mayat tak hancur banyak baca quran.. tu semua tipu daya iblis. alquran kata nak mayat tak hancur, berimanlah kepada allah, kenal lah roh. bila roh dah sayangkan jasad, dia akan kembali pada jasad bila mati.. hati pun bercahaya, malaikat mungkar nangkir yg buta itu pun nampak cahaya hati tak perlu soal banyak dah..

lepas beriman baru lah beramal saleh, kemudia baru lah boleh menyampaikan (tabligh)..jauh lagi tu..nak kene beriman, lepas tu mukmin baru boleh tabligh...

ada org dalam syurga lalai ingat allah?????? kalau lalai duduk dalam neraka lah tak masuk pun syurga.. sebab itulah amalan hati sebut allah, pandang kalimah allah, dengar allah..allah itu amalan selama-lamanya...

jangan la ingat kita sebut subhanallah dibibir tu kita tak lalai ingat allah..jangan ingat kita solat kita tak allai ingat allah..jangan ingat jantung kita berdegup itu kita tak alalai ingat allah..itu semua dusta. lalai-tak allai tu allah kata HATI. bukan mulut atau perbuatan.

jadi kesimpulan nya jangan main ikut je orang.. orang tabligh kita tabligh..rasul suruh beriman dulu..amanah yg berat tu pun tak jalankan.. bukan tabligh dulu.. baca je kitab ikut.. ada allah kata org yg baca kitab tu org selamat? ada allah kata org yg ikut kata ustaz/ulama itu orang selamat? allah kata org yg beriman ikut cara rasullullah itu org yg selamat. ADA ALLAH KURNIAKAN AKAL TU FIKIRLAH.

kalau iman itu sekdar percaya, haiwan pun percaya allah..syaitan pun percaya allah..

Rasullullah ada amalan jasad, ada amalan hati.. kalau kita ambil amalan jasad sahaja, rugi lah, pasal rasullullah itu juga buat amalan hati..

iman itu ada dua, satu iman mufassar, percaya kepada allah, rasul, malaikat..seterusnya..

dan ada lagi satu iaitu iman mujammal..iaitu disatukan kepercayaan tadi menjadi satu..tempat letaknya dihati..iaitu amalnya dengan mendegar hati menyebut ALLAH setiap saat.

walakinallah (allah ajdikan) habbaba ilaikum (kecintaanmu) al iman (iman itu) wazainahu (dihiaskan cantik) kulubuhum (di hati kamu)" al-hujerat:7
Iman itu berbentuk ALIF LAM LAM HA, bercahaya terang, cantik bila sudah terlihat..kalau blom terlihat gelap je....cantik yg kalau org buta yang melihatnya, dia lebih celik dari org yg tak buta...nak dapat lihat, ikut amalan jasad dan hati rasullullah.

"janganlah kamu lalai dari mengingati ALLAH"..

iman mujammal semuanya terkandung dalam kalimah muhamamdar rasulullah.. maksudnya Rasul itu ada jasad, dan ada hati, wajib ikut amalan jasad dan amalan hati rasullullah...

kalimah lailahaillah itu kalimah islam.. siapa sahaja yg mengaku tuhan itu allah, dia islam. pokok, batu, kayu, haiwan semua mengaku allah yg menjadikan mereka lalu mereka bertasbih kepada allah, mereka juga islam..tak kira siapa, bayi yg baru lahir, juga telah islam, semua 7 langit 7 bumi itu makluknya semua islam melainkan makluk yg kemudiannya mengatakan ada yg lain selain dari allah, barulah dia menjadi kafir

jadi islam itu UMUM..tiada kemuliaan, hanya sekadar memuliakan allah..allah dah kata islam itu dalam kerugian..nak juga cari iman..

apa amalan iman? iman itu mengambil semua mufassar tadi, diletakkan menjadi satu perbuatan..iaitu zikir sebut ALLAH..tempatnya HATI.. kenapa perlu zikir? kerana kalau kita tidak mahu zikir ini, kita duduk lah dalam takuk lailahaillallah, atau takuk islam sama dengan haiwan..sebab kita tidak ambil muhamamdar rasullullah,(kalimah iman) iaitu amalan jasad dan hati rasullullah menyebut dan mengingati allah...

"Rasulullah itu contoh ikutan Yang baik, bagi orang Yang sentiasa mengharapkan Allah dan hari akhirat, serta ia(rasullulah) pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak" banyak-banyak tu bukan 33 biji tasbih, bukan 100 biji, bukan juga 1000 biji..tapi tak terkira..pasal
satu saat lalai, iblis masuk alam hati..

mana dalilnya? surah al-alaq : "iqraq (sebutlah, zikirlah, perkatakanlah) bismirabbika(nama tuhan kamu- iaitu ALLAH) allazi kholak. yg menjadikan (semua makluk.) kholakal insan, menjadikan insan(MANUSIA) dari ..namin alaq(hati)....
ini surah pertama rasullulah dapat..ini adalah perintah suruh jadi manusia dulu...kalau tak mau amal ini, tetap duduk dalam islam(sama dengan haiwan)..

tapi allah kata, nak beriman syaratnya jadi manusia.. wahai rasullullah..sudah 15 tahun kamu turun naik kedalam gua hiraq mengingati ku (Tuan punya kaabah - kerana gua hiraq itu betul-betul terletak depannya kaabah..) maka hari ini aku nak berikan tugas baru kepada kamu tidak lain apa yg dah kamu buat selama 15 tahun itu benar, iqraq bismirabbikallazi kholak.. (sebutlah nama ALLAH yg menjadikan) kholakal insan namin alak..(menjadikan manusia dari hati) dan hari ini kamu adalah manusia kerana hati kamu meyebut nama ku (ALLAH)...



"fawailul lil khosiah (celakalah org yg degil) kulubuhum hatinya, (min zikrillah) tak mau zikir ALLAH, ulaika fi dola limmubin(mnereka itu dalam kesesatan yang nyata" al-zumar :22) <--bacalah dalam bahasa arab..jgn baca tafsir..yg tafsir tu belum tentu mata hati nya dah terbuka.. allah kata sesat terus.. maksudnya salah jalan, sila patah balik kebelakang..kalau teruskan juga, keneraka lah..

"wazakkir (dan berzikirlah) rabbaka (nama tuhan kamu - ALLAH) fi nafsika (di hati kamu)".....al-aaraf:205

setiap hari bertasbih, tahmid lepas solat, ingat dah jadi baik dah, jangan kata baik, semut yg kecil tu satu saat tak lupa tasbih kepada allah...mana nak campakkan tasbih kita yg 33 biji itu? burung punya tasbih sepanjang kepak dia turun naik itu..sekali terbang berapa juta tasbih? dimana manusia kata dia dah kuat ibadah?

sabar? pernah tgk pohon yg kering ditengah padang pasir? ada pohon tersebut merintih kepanasan? ada pohon tu jalan walau setapak untuk mencari air? kerana apa? kerana pokok itu sabar dengan dugaan allah, dan pokok tadi percaya(IMAN) allah yg memberi rezki...
kalau iman itu sekadar percaya, beerti pokok juga tergolong dalam orang beriman...



jadi nak bezakan haiwan dan manusia itu, amal hatinya..amal hati baru jadi beriman(sebut, amalkan)...belum lagi mukmin(terbukti iman, syahadah, sudah ternampak..)
kalau iman tadi baru duduk takuk percaya..tapi mukmin, duduk takuk nampak, sudah terlihat, terbukti melihat..

kalau kita kata. aku percaya didalam gua itu ada emas.. tetapi seorang lagi kata, aku dah nampak didalam gua tadi ada emas.. mana yg lebih elok? pastinya orang yg dah terlihat iaitu mukmin.(terbukti, ternampak, sudah berkekalan iman).. nak jadi mukmin, kena cari iman dahulu.. nak dpat iman kene cari ilmu iman dan amalkan amalan iman...


bila dah ternampak, baru lah syaitan menjadi lawan(sebab dah nampak) barulah malaikat jadi sahabat(sudah nampak)..barulah datang hidayah-hidayah allah..

ni mata hati tak nampak, nak anggap syaitan jadi musuh macam mana? hari-hari kene tikam je lah ...:)

Bagaimana nak cuci hati? Apa rasullullah buat duk terperok di gua hiraq?

Pertama..bab blajar ilmu ketuhanan..(Tauhid - ilmu nabi-nabi).. penamat ilmu tauhid ialah, semua binasa, allah sahaja yang kekal..

Tapi kalau belajar ilmu syahadah(bab iman-ilmu rasullullah).. Allah kekal, Insan terpelihara..
Itu bab pelihara allah, yg rasullullah ajarkan..jasad tak rosak tak binasa..walau beribu-ribu tahun didalam kubur..pasal kasih sayang hamba itu tidak putus..kalau mati(binasa) artinya sudah terputus.tapi bagaimana nak dapat pelihara kekal allah ini, ini yg nak kene betul ilmunya.

ilmu iman ni, nabi-nabi ada, tapi tidak boleh mengajar pasal nabi ajak mentauhidkan allah. tapi rasullullah ajak beriman kepada allah.

sebelum diteruskan..mula-mula baca surah israq ayat 85 "Roh itu urusan allah, kamu tidak diberi ilmu melainkan sedikit" pertama allah kata roh itu urusan allah..bukan urusan iblis.. jadi kita nak dekatkan dengan ilmu tersebut atau nak lari? pasal itu urusan allah lah betapa pentingnya kita ketahui ilmu tersebut. allah kata sedikit sahaja ilmu itu yg kamu tahu.. artinya sedikit, beerti tak ramai yg ambil tahu pasal urusan allah ini..mereka lebih suka ambil tahu urusan duniawi..

azzariyat :21 " dan didalam diri kamu sendiri, kenapa tidak kamu memikirkan" artinya allah kata urusan ku itu wajib kamu tahu..

Kita perhati cerita awal islam, sebelum turunnya al-quran. bermula rasullullah berumur 25 tahun, baginda dah mula tinggal kan perniagaan, tingal kan isteri untuk mencari siapa diri baginda sendiri..

rasullullah naik ke gua hiraq, berhadapan dgn kaabah, duduk disitu adakalanya sampai 2 minggu tak turun makan, minum..apa yg rasullullah tahu ialah, dia tau kaabah itu ada yg punya..allah.. maka itu lah amalan rasullullah duduk dalam gua menyendiri, sambil berfikir memerhati sambil hatinya sebut allah. sebab apa sebut allah, sebab rasullullah ni telah dicucikan hati ketika masih bayi, jadi zikir dalam perut ibu itu tidak hilang.

"alastubirabbikum" akukah tuhan kamu, dari situ janin itu terus tak henti2 jawab..allah..allah..allah
.. maka lekat lah roh kedalam jasad..bersama jantung yg berdegup dan hati yg berzikrullah.

allah kata " diajarkan zikir itu kepada janin lagi..supaya dihari kiamat nanti, manusia tidak akan berkata, kami adalah org2 yg tidak diberi peringatan ( lalai dari zikirullah).." surah al-araf :172.

Jadi didalam janin lagi kita sudah diajar mensucikan diri kita oleh allah sendiri..sebab tu allah suruh lihat dalam diri kamu sendiri" pasal nak suruh kita tumpukan pada hati..nanti boleh dengar sebutan allah...allah..allah..

ok balik cita rasullullah.. sampai lah rasullullah berumur 40 tahun. (setelah 15 tahun berzikir allah..allah..maka turun lah ayat pertama, suruhan pertama, suruhan iman"..) apa ayatnya :

iqraq bismirabbikal lazi kolak. ("zikirlah, sebutlah, katakanlah nama tuhan mu(ALLAH) yg menjadikan.") dimana nak sebut? ("kholkal insan namin alak") menjadikan manusia dari hati..(sebut nama allah dihati, kamu jadi manusia).

Rupa-rupanya setelah 15 tahun duduk dalam gua, ayat pertama turun itu hendak membenarkan pekerjaan yg rasullullah buat selama itu. (bukankah akhlak rasulullah itu al-quran).. rupa nya bukan pekerjaan sia-sia 15 tahun duduk dalam gua, meninggalkan perniagaan, sahabat, dan isteri yg kaya dirumah keseorangan. jadi bila rasullullah amalkan amalan dari surah pertama, maka hari itu rasullullah diangkat menjadi rasul.. (dah bersih betul2 hati rasullullah , baru dapat diangkat jadi rasul)..

sama lah kita ni..hati kita kotor. nak kenal allah, memang tak mampu, allah itu bukan makluk, makluk yg bernama roh pun kita blom kenal, inikan nak kenal pecipta roh. nak kenal roh kita sendiri ini kene cuci diri macam yg rasullullah buat. macam yg allah ajar masa kita dalam perut ibu..

susah sangat ke? tak susah tapi yg jadi susah, sebab iblis dah standby dalam hati. iblis kata, kamu nak solat, solat lah, nak puasa, puasalah, tapi hati kamu jangan sebut allah. tu je keje iblis. pasal iblis ni bijak, kalau hati tak sebut allah, allah kata munafiq dan fasik walaupun kita solat.. bukan kah allah berfirman "kalau bukan kerana aku, nescaya semua manusia sesat oleh iblis"... tak paham lagi ayat tu? hati tu kene ada ALLAh lah..baru lah selamat..selamat bukan kerana zikir, tapi kerana ALLAH yg memelihara sebab sebut nama kemuliaannya.

"sesungguhnya hambaku(siapa hamba? ni nak kene tau..hamba tu org mukmin(hati yg tidak lalai zikrullah)) tiadalah engkau iblis punyai kuasa terhadap mereka, cukuplah tuhanmu menjadi pelindung" al-isra 65.

tu janji allah pelihara dari iblis.. kalau hati tak mau zikrullah percayalah, iblis dah duduk didalam.. iblis pun ada janji dengan allah kan, hanya sedikit dari manusia ni yg tak mampu aku sesatkan kata iblis"

ada allah kata org yg baca ayat quran terpelihara dari iblis? pasal iblis tu hapal alquran..habis sapa yg kata? org yg memandai-mandai tak mau ikut alquran, lepas tu buat hadis sendiri. kalau mulut saja baca, hati kosong kan allah kata munafik, fasik.. disertakan dgn iman, baru dapat pelihara allah.

baca ayat alquran juga bukan pembersih hati, puasa bukan pembersih hati. nak bersih hati, kene amalan hati, rasullullah 20 tahun ajar sahabat bab bersih hati.. bab solat,puasa,zakat,haji 3 tahun je. sebab tu sahabat-sahabat ramai dapat iman yg kukuh (mukmin) tak mati dibunuh, perang pun tak mati, pasal allah janji pelihara. siapa yg tak mati dibunuh? saidinia abu bakarlah (amirul mukminin) ketua mukmin yg ada didunia sampai akhirat.

jadi kenapa nak kene suci diri, jawabnya pasal roh insan(nafsu mutmainnah) ini memerlukan tapak(hati) yg bersih, yg sentiasa berzikrullah.

kalau roh syaitan(amarah) atau roh haiwan (lawamah dan mulhemah) ni dia tak perlu zikir pun dia datang..dia mmg suka hati yg kotor. jadi kene bersihkan hati, baru kita jadi manusia(Mutmainnah)..

Apa itu zikir,
zikir itu sebut nama ALLAH(alif lam lam ha) tempat sebutnya hati.. bila? sentiasa, ada batasan? tiada, walau didalam tandas sekali pun. walau dah capai peringkat maarifat sekali pun, zikir tetap allah..allah..(ikut rasullullah) ada org ajar, bila dah marifat tak payah zikir allah.ini keje iblis alquran tak da tulis macam tu..kita ikut je al-quran.

adakah sebut subhanallah, arahman, arahim itu zikir?
itu nama dia tasbih memuji allah.

apa beza zikir dan tasbih?
tasbih itu memuji allah dan allah takkan memuji kita balik(pasal kita lemah)

zikir sebut ALLAH(allif lam lam ha) artinya kita memuliakan ALLAH, dan kita DIMULIAKAN allah (2 hala, seperti jantung yg mengepam ada 2 hala) bila berzikir, kita mendegar sebutan allah..allah..allah dihati.. bila kita dimuliakan, kita nampak dengan mata hati, jantung kita sudah berkalimah bercahaya..itu tanda dimuliakan..("allah menjadikan iman itu kecintaanmu dan diperhiaskan dalam hati kamu" - al hujerat:7) maksudnya kalau dapat kemuliaan allah, hati tu bercahaya jadi cantik. terang menderang.. ini lah yg kita cari dalam menyucikan diri kita.. kalau dah nampak cahaya tu, dunia pun dah tak nak pandang..kita tgk cahaya tu kenyang, sedap je.. sebab tu rasullullah tak mau turun2 dari gua tu sampai 2 minggu.

adakah ar-rahman, arahim, almalik itu nama allah?
bukan, itu nama sifat allah.. didalam alquran setiap sifat akan dimulakan dengan perkataan "allahu.. " atau allah(katanama) arrahim(pengasih- kata kerja)..

99 nama itu ialah nama kata kerja, nama untuk kita puji kerja-kerja allah, tapi bukan nama untuk allah muliakan pada kita. allah suruh sebut ALIF LAM LAM HA...bukan nama kata kerja..

nak dapat kemuliaan, sebutlah nama kemuliaan iaiatu ALIF LAM LAM HA..

alif itu zat, lam itu sifat jalal, lam itu sifat jamal, ha itu rasullullah.. ini adalah jambatan hubungan rasul dengan allah. sebut allah, artinya kita ingat allah dan rasullullah.. yang nak hubung kan dengan jalan tersebut ialah, hati manusia yg berzikir, lalu dekat dengan rohani(insan), rohani inilah yg berhubung dengan Nur (muhamamd) dan terus kepada jambatan tadi..(ALLAH) "jangan kamu putuskan tali allah" - ini lah dianya.


ada banyak bab kalau nak saya ceritakan..tapi saya rasa cukuplah. yg penting awak tau apa itu zikir, dimana nak zikir, bila nak zikir...


eloknya nak zikir ni kena baiah (rasullullah pun terima baiah dari jibrail)..yg nak bagi baiah, pula org yg mendapat baiah dari rasullullah juga..jadi tak putus, dari jibrail, sampai kita sendiri..

akhir sekali, ada satu najis yg dinamakan najis Maknawi.. najis ini tak boleh dicuci dengan air mutlak, atau dicuci dengan sabun, atau disamak dengan tanah. kerana najis ni najid yg pekat, itulah najis hati yg lalai berzikrullah. Dah nama pun najis, kalau masuk masjid masjid pun jadi kotor, maka hukum masuk masjid dengan hati yg lalai berzikrullah itu haram. Apa itu masjid? Al-quran kata : masjid adalah tempat menyebut nama allah banyak-banyak..

Rukun Islam Pertama

Sebelum diteruskan kepada amalan-amalan Syahadah, mari kita mendalami sedikit tentang dua kalimah tersebut.

Kenapa dinamakan dua kalimah syahadah? kerana terdapat dua kalimah didalamnya iaitu kalimah Tauhid dan Kalimah Rasul.


Kalimah Tauhid
Iaitu kalimah mengesakan Allah Taala. Kalimah tauhid juga disebut sebagai Tauhid Rububiah, Tauhid Uluhiah, Tauhid Nama dan Sifat Allah.

Didalam kalimah tauhid ini pula mengandungi 41 aqidatul iman iaitu 20 sifat wajib bagi Allah taala,20 sifat mustahil dan 1 sifat harus.Kalimah tauhid ini juga terbahagi kepada dua bahagian iaitu :


1. Nafi - menafikan segala sekutu bagi Allah iaitu pada kalimah 'Tiada Tuhan'
2. Isbat - dan mengisbatkan pada kalimah 'selain Allah' .

“Tiada sesuatupun yang menyerupainya daripada segi Zat, sifat dan pentadbirannya. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar Lagi Maha Melihat” – (Al-Syura : 11)

“Tiada tuhan yang berhak disembah selain Allah”. Tiada yang lain kekal ujud selain Allah (dimana yang lainnya binasa)” dan menafikan sesuatu yang bersifat tidak kekal selain dia yang satu mempunyai zat, sifat dan afal (perlakuan).

Tauhid Rubiah
Ialah Tauhid ketuhanan. - Bererti mempercayai bahawa di dunia ini ada Tuhan yang menciptakan alam yang sebegini luas dan dialah yang menjadikan semua makhluk di alam ini dan yang Maha Berkuasa keatas pentadbiran alam semester ini. Tauhid ini dipunyai oleh kebanyakan agama di dunia ini kerana setiap fitrah manusia mengakui wujudnya Tuhan yang menciptakan alam ini. Percaya dengan sepenuhnya bahawa Allah sahajalah tuhan yang menciptakan setiap yang ada dialam ini samada yang dapat dilihat atau pun yang tersembunyi (ghaib). Percaya dengan sepenuhnya bahawa Allah sahajalah Tuhan yang memberi, menerima, membinasakan, menyembuhkan malah melakukan apa sahaja yang ia kehendaki ke atas makhluknya,

Tauhid Uluhiah
Ialah tauhid keesaan Allah - Bermakna mempercayai bahawa Allah itu pada zatnya satu, Esa atau tunggal. Tidak dua tidak tiga. Dan ianya bersifat azali (zatnya), tiada permulaan dan tiada akhirnya, tiada bermula dan tiada nokhta baginya. Bermakna mempercayai bahawa Allah itu Esa dalam perbuatannya, tiada sekutu dalam pekerjaannya. Apabila ia kehendaki, hanya dengan berkata ‘kun faya kun’ jadi maka jadilah sesuatu itu. Ia tidak memerlukan bantuan dalam pekerjaannya. Ia Maha berkuasa dan segalanya dalam pentadbiran Allah Yang Maha Esa. Bermakna mempercayai Allah itu esa dari azali. Tidak beranak dan tidak
diperanakkan, tiada ibu bapa. Allah itu pada azalinya esa, satu dan tetap satu. Allah lah saja yang wajib disembah bukannya kepada yang lain.

Tauhid Nama dan Sifat Allah
Mempercayai bahawa tiada tuhan yang Maha pengasih, Pemurah, Kaya dan berkuasa
melainkan Allah. Mempercayai bahawa zat Allah itu mempunyai nama-nama serta sifat-sifat yang maha sempurna, amat elok dan terbaik. Mensifatkan Allah dengan segala kesempurnaan di dalam hati kita dan menangkis segala sifat kekurangan yang ada dalam bisikan hati kita.



Kalimah Rasul.
iaitu membenarkan kerasulan Nabi Muhammad saw.Didalam kalimah rasul ini pula mengandungi 9 aqidatul iman iaitu 4 sifat wajib bagi rasul,4 sifat mustahil dan 1 sifat harus.

Kalimah kedua ialah syahadah rasul iaitu penyaksian Muhammad itu kekasih Allah membawa nur yang menerangi alam dan pembawa risalah yang menjadi penghubung antara makhluk kepada Yang Maha Pencipta dan akhlaknya dijadikan contoh ikutan kepada semua insan.

Diantara Ayat Al-Quran membuktikan Rasullullah itu utusannya :

“…Sungguh telah datang padamu dari Allah, nuur (cahaya) dan kitab yang jelas dan menjelaskan” – (Al-Maidah :15)

“Wahai Nabi sesungguhnya Kami telah mengutusmu sebagai seorang Saksi, Seorang Pembawa khabar gembira, dan seorang Pemberi Peringatan, dan sebagai Seorang Penyeru (Da’i) kepada Allah dengan izin-Nya, dan sebagai suatu Lampu [nuur] yang menyebarkan Cahaya“. – (Al-Ahzab 33: 45-46)

Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad) Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu; Yang memberati tanggunganmu? Dan Kami telah MENINGGIKAN bagimu: sebutan namamu” [al-Insyiraah 94:1-4]

Maksud Meninggikan disini ialah, kedudukan nama Muhammad itu diletakkan didalam Kalimah Tauhid dan disebut-sebut oleh semua makhluk Allah.

Keseluruhan Aqidatul iman yang terkandung didalam dua kalimah syahadah itu ialah 50 yang wajib diketahui secara ijmali(Umum) dan sesetengah ulama menghukumkan juga wajib mengetahui secara tafsili(Mendalam).


 http://splashurl.com/kfgmte8

Dalil Dua kalimah syahadah itu yang pertama

Daripada Saiyidina 'Umar juga, r.a. beliau berkata:

Ketika kami sedang duduk di sisi Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba
muncul di hadapan kami seorang lelaki yang memakai pakaian yang sangat putih, berambut sangat hitam, yang tidak ternampak pada dirinya kesan-kesan tanda musafir dan tidak seorang pun di kalangan kami yang mengenalinya.

Lalu dia duduk menghampiri Nabi SAW lalu disandarkan kedua-dua lututnya ke lutut Baginda dan meletakkan dua tapak tangannya atas dua paha Baginda seraya berkata:

Wahai Muhammad! Terangkan kepadaku tentang lslam. Lalu Rasulullah SAW bersabda: lslam itu bahawa engkau naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu utusan Allah, (dan bahawa) engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan haji ke BaitulLah (Mekah) sekiranya engkau berkuasa mengerjakannya.

Lelaki tersebut berkata: Benarlah engkau..

Maka kami pun merasa hairan kepadanya, dia yang bertanya dia pula yang membenarkannya.

Dia bertanya: Terangkan kepadaku tentang lman..

Baginda bersabda: (lman itu ialah) bahawa engkau percaya kepada Allah, para MalaikatNya, Kitab-kitabNya, para RasulNya, hari Qiamat dan bahawa engkau percaya kepada Qadar baik dan buruk.

Lelaki itu berkata: Benarlah engkau..

Dia berkata lagi: Terangkanlah kepadaku tentang Ehsan. .

Baginda bersabda: Ehsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatnya, maka sesungguhnya Dia melihatmu. - Hadis riwayat al-lmam Muslim.

Saudara ku yang ku kasihi sekalian, seharian kita disibukan dengan kerja-kerja yang harus diselesaikan. Kita bekerja untuk menanggung keperluan diri dan keluarga supaya kita menjadi manusia yang berguna kepada masyarakat seterusnya kepada agama dan Negara. Didalam kesibukan harian, kita diuji oleh Allah menghadapi pelbagai masaalah, dugaan, tekanan, penyakit dan pelbagai macam kesempitan. Dan dimasa lainnya kita pula dikurniakan kegembiraan, kesenangan, keindahan kelapangan dan pelbagai lagi nikmat yang menunjukkan kita semua hanyalah hamba kepadanya. Hamba kepada Dia Yang Maha Adil. Kita meminta dan berharap kepada sesuatu dan bukanlah kita yang memberi atau berkuasa untuk mengadakan sesuatu.

Sebelum saya teruskan menulis sekeping warkah yang didalamnya ada penceritaan, perjalanan dan pengetahuan, yang saya kumpulkan dari Alquran, hadis, pengalaman dan apa yang dipelajari selama ini, harapan saya ialah supaya dengan secebis nota ini, kita sama-sama deberikan hidayah dan petunjuk dalam perjalanan kita menuju kepadanya. Perjalanan yang telah pun kita lalui selama ini, tetapi masih tercari-cari, tidak nampak tempat tujunya atau jalan kesudahannya. Sesungguhnya dialah yang maha pemberi petunjuk dan hidayah kepada orang yang dikehendakinya.

Syurkurlah kerana kita dilahirkan sudah sediakala Islam. Itu adalah salah satu hidayah yang telah dikurniakan maka haruslah kita selami tentang agama Allah ini.


Seperti yang dinyatakan oleh Rasullullah didalam hadis diatas, islam itu terdiri dari 5 perkara dimana yang pertamanya penyaksian bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu itusannya. Seterusnya solat lima waktu, puasa, zakat dan haji.

Apa yang hendak saya perbincangkan disini ialah tentang rukun islam yang pertama yang mana kita semua tahu tetapi tidak telah kita tinggalkan amalan-amalannya, rukun dan ketegasannya.

Seterusnya kita lihat didalam hadis yang lain, dari Abu Abdul Rahman Abdullah ibn 'Umar ibn al-Khatthab beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:


“lslam itu terbina atas lima perkara: Naik saksi mengaku bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad itu adalah Utusan Allah, Mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji ke baitullah dan menunaikan puasa pada bulan Ramadhan.”- Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan al-lmam Muslim.

Disebut lagi oleh Rasullullah S.A.W dua kalimah tadi adalah yang pertama kemudian barulah diikuti solat dan seterusnya. Begitulah penekanan oleh Allah dan Rasulnya tetapi kita masih tidak menyedari. Seterusnya saya ambil lagi bukti-bukit pentingnya Dua Kalimah Syahadah didalam Alquran dan ibadah yang lainnya.

“Dan Kami tidak mengutus sebelummu (wahai Muhammad) seseorang Rasul pun melainkan Kami wahyukan kepadanya: "Bahawa sesungguhnya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Aku; oleh itu beribadatlah kamu kepada-Ku".

[al-Anbiyaa’ : 25]

Apa yang dibawa oleh semua rasul adalah sama iaitu kalimah Tauhid. Sebagai umat islam kita juga dilaungkan Azan. Dua kalimah syahadah juga ada disebut setiap ia dilaungkan.

“Wahai orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah”(al-Jumaah: 09)

Azan itu menyedarkan manusia kepada kewajipan untuk mengadap Allah. Didalam azan disebutkan Tiada tuhan yang disembah selain Allah dan Aku naik saksi Muhammad itu pesuruhnya.

Kita lihat pula didalam Bacaan Tahyat :

“Segala penghormatan yang berkat selawat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.”

Dari perkara diatas maka disimpulkan bahawa betapa pentingnya Dua Kalimah Syahadah itu dari yang lainnya. Solat itu yang kedua diikuti puasa dibulan ramadhan, mengeluarkan zakat dan Haji.

Tanpa syahadah, tertolaklah rukun seterusnya tanpa syahadah terbatallah islam seseorang itu maka rosaklah akidah kerana syahadah adalah penyaksian tauhid hanya pada satu dan mengaku rasul itu contoh.

Syahadah juga diucapkan dengan gengaman erat sambil menunjukkan dialah Allah yang satu. Dan juga menandakan Ucapan Dua Kalimah itu satu atau pertama atau yang utama pada setiap tahyat didalam solat bila kita mengerjakan solat. Disuruhnya kita genggam menandakan itulah pegangan utama.

Kita telah ditakdirkan Allah s.w.t dilahirkan didalam keluarga islam. Secara automatiknya kita didik untuk menjadi seorang yang beragama islam dari segi akhlaknya, pakaiannya, adab sopan kemudian diajar tentang tauhid bahawasanya allah itu tuhan dan Nabi Muhammad itu pesuruhnya. Seterusnya diajar mengenal huruf-huruf Al-quran sehingga pandai membaca dan bersolat. Tiba dibulan ramadhan pula dilatih untuk berlapar dahaga kerana berpuasa. Begitulah seterusnya diajar mengenal kewajiban untuk berzakat dan haji sehingga lah menjadi dewasa lengkaplah pengetahuan kita tentang 5 rukun islam.

Tetapi adakah sudah cukup didikan yang terima selama ini untuk kita tempuhi kehidupan sebagai seorang islam atau yang lebih kualitinya seorang beriman? Apakah apa yang telah dipelajari dan diamalkan oleh kita merangkumi lahir dan batin atau kulitnya sahaja atau jasadnya sahaja.

Ucapan dua kalimah itu bagi kita hanyalah dalam bentuk perkataan sahaja. Tiada huraian selanjutnya atau tidak pernah mengambil tahu apakah ertinya. Tidak juga pernah memikirkan mengapa kalimah syahadah ini yang disebutkan paling utama oleh Rasullullah? Sedangkan dengan kalimah inilah akan bertapaknya iman seseorang islam dan dari sini jugalah datangnya keteguhan iman seseorang seperti firman Allah :

“Allah meneguhkan (pendirian) orang yang beriman dengan kalimah yang teguh dalam kehidupan dunia dan akhirat” (Ibrahim : 27)

Bererti disini, Allah yang menguatkan keteguhan (iman) orang-orang yang percaya dengan yakin dan terbukti dengan amalan yang telah dilakukan, dengan kalimah(tauhid) untuk menghadapi kehidupan didunia dan di akhirat.

Kita mengaku adanya Allah dan rasulnya tetapi tidak mengikut syarat, amalan dan kesaksian pengakuan itu. Kita pada zahirnya sahaja mengaku Islam sedangkan pengakuan yang tanpa disertakan keteguhan pastinya akan luntur sebagaimana firman Allah :

“Kalau kamu bertanya mereka: Siapakah menciptakan mereka, nescaya mereka menjawab Allah.Maka bagaimanakah mereka dapat dipalingkan daripada menyembah Allah yang sebenar (kepada menyembah yang lain) dan (Allah mengetahui) ucapan Muhammad s.a.w., ‘Ya Tuhanku sesungguhnya mereka itu adalah kaum yang tidak beriman.’ Maka berpalinglah (hai Muhammad) daripada mereka dan katakanlah: Salam (selamat tinggal semuanya), kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yang buruk).” (al-Zukhruf 43: 87 – 89)

Lihatlah ketegasan Allah didalam menghukum orang yang hanya mengaku Allah itu tuhan tetapi tanpa merealisasikan didalam kehidupan seharian, dia akan dibalas dengan balasan yang buruk dimana rasullullah juga diarahkan supaya meninggalkan golongan tersebut.

Kalau kita perhatikan ayat diatas, sama lah dengan kita pada hari ini, kita mengaku Allah itu tuhan tetapi setakat mana? Setakat berkata dimulut tanpa diikut dihati. Lihatlah diri kita sendiri dan fikirkan apakah kita telah melakukan dengan perbuatan atau setakat hanya lafaz dimulut.

Kita tidak juga memahami isi kandung Al-Quran. Ada yang hanya meletakkan Al-Quran sebagai perhiasan. Jika ada pun yang membaca, bacaan Al-Quran hanyalah sebagai lagu-lagu yang sedap didengar tanpa memahami walau satu ayat.

“Sesungguhnya kami telah turunkan kepadamu sebuah kitab (Al-Quran) yang mengandungi sebab-sebab kemuliaan untuk kamu mengapa kamu tidak memahaminya” (Al-Anbiyaa : 10)

Maka jawablah kita nanti didepan Allah dihari pembalasan kemudian hari.

Begitulah kita telah dipesongkan oleh keadaan, dipesongkan islam kita oleh keadaan dan budaya kita dan sekiranya masih tidak sedar siapa lagi yang nak sedarkan diri melainkan diri kita sendiri.

Cuba bayangkan sekiranya kita diuji ditempat Bilal Bin Rabbah, atau Sumaiyyah yang amat memeritkan. Adakah masih boleh pertahankan iman? Tidak payahlah tunggu ujian sebegitu, nak makan minum pun adakalanya masih terlupa nak baca Bimillah.

Pernahkah terfikir apa yang diajarkan Rasullullah kepada para sahabat R.A. sehingga begitu teguh imannya walau baru setahun jagung memeluk islam? Dimana silapnya kita yang telah menjadi orang islam selama puluhan tahun tetapi jauh beza tingkatan imannya dengan Bilal atau Sumaiyyah? Bolehkah dikatakan Bilal dan Sumaiyyah tadi tak sama macam kita pada hari ini, dia dilebihkan oleh Allah sedangkan kita ketahui Allah itu maha adil.

Pastinya ada kelemahan didalam penekanan didalam pembelajaran agama kita hari ini.

1. Dua Kalimah Syahadah : Yang kita fahami ialah Allah itu satu, dialah tuhan yang menjadikan. Yang kedua kita faham Nabi Muhammad itu pesuruh Allah menjadi contoh akhlak kita. Sekadar menjadi ucapan ketika solat setiap hari.

2. Solat : Kita bersolat kerana takut meninggalkan solat. Ketika kecil diajar solat kerana tak mahu mendengar ibu dan bapa berleter. Sehingga dewasa solat kita hanya bacaan kosong dengan hati yang masih berangan-angan.

3. Puasa : Diajar berlapar dahaga kerana puasa tidak boleh makan minum. Berpuasa kerana malu dengan kawan-kawan, berpuasa kerana bila berbuka dapat makan sedap-sedap.

4. Zakat : Kita tahu bila dah mula bekerja dan bila tiba bulan Ramadhan.

5. Haji : Rukun islam yang kelima ni hanya untuk orang-orang tua itupun kalau berkemampuan.

Inilah rukun islam kita pada hari ini. Tanpa ada penekanan atau ketegasan didalam menjalankan rukun tersebut. Kita juga diajar untuk mencintakan dunia. Anak kecil diajar untuk belajar sehingga pandai supaya dapat ke universiti habis belajar boleh hidup senang, berpangkat terbalas juga titik peluh ayah ibu membela selama ini. Inilah tujuan hidup yang ditanamkan oleh ibubapa pada hari ini. Benarkah ini yang dituntut oleh Islam?

“Katakanlah, ‘Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatir akan kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal adalah lebih kamu cintai daripada Allah, Rasul-Nya, dan dari berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya.’ Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik.” (QS. At-Taubah: 24)

Maka apa yang tertulis didalam al-Quran itu pastinya lebih benar. Tujuan hidup semata-mata kerana tujuan matarealisitk atau ke duniawi sahaja itu adalah salah. Belajar, bekerja dan beribadah tanpa tujuan untuk mencintai Allah dan Rasulnya adalah tidak seiring dengan apa yang dituntun AlQuran. Sedangkan tujuan sebenar kehidupan ini ialah untuk mencintai Allah, Rasullullah dan berjihad dijalan Allah. Disinilah baru kita nampak islam itu bukan hanya pada ketika solat, puasa, zakat dan haji tapi islam itu adalah menjunjung sepenuhnya dihati pada setiap masa dengan tauhid yang teguh untuk mencintai Allah dan Rasullullah dan sanggup bekorban apa sahaja demi jalannya.

“Dan tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepadaku” (al-Zariyat:56).

Maka setinggi mana kita belajar, setinggi mana pangkat kita, setinggi mana kedudukan kita, kembaliah kepada dua tujuan utama iaitu mencintai Allah dan Rasullullah dan itulah yang telah ditulis oleh Al-‘Aqlim yang Maha Mengatahui didalam kalimah Asy hadu anlaa ila ha illallah, Wa asy hadu anna Muhammadar Rasullullah.

Kalimah tauhid inilah yang ditegaskan pada awalnya oleh Rasullullah didalam mendidik para sahabat R.A. sehingga begitu kuat keimanan, terasa begitu rendah dirinya disisi Al-`Aliy Yang Maha Tinggi dan Mulia. Dibacakan ayat-ayat suci alquran sehingga bercucuran titisan air mata para sahabat kerana dapat menangkap dengan tepat maksudnya. Berbeza dengan kita, kita disuruh bersolat, mengaji puasa dahulu sedangkan iman kita atau tauhid kita masih belum ketentuan masih longlai sehingga setiap kali dibacakan ayat-ayat suci Al-Quran tiada tindak balas dari diri yang dalam.

Cuba kita perhatikan didalam mana-mana suruhan bersolat dan zakat, Allah pasti tujukan kepada orang beriman iaitu orang yang telah bertapaknya syahadah dengan kukuh dihati bukan kepada orang islam yang belum beriman.

“Katakanlah kepada hamba-hamba ku yang beriman; Hendaklah mereka mendirikan solat dan menafkahkan sebahgian dari apa yang kami kurniakan kepada mereka sama ada Dengan merahsiakan pemberianNya itu atau Dengan terbuka; sebelum datangnya hari Yang tidak ada jual beli padanya, dan tidak ada sahabat handai (yang dapat memberikan pertolongan)” (Ibrahim:31)

Dan banyak lagi ayat-ayat yang rata-ratanya menyuruh orang yang beriman untuk melakukan kewajipan rukun Islam. Sebab itulah ada diantara kita rajin bersolat, ada yang bangkit ditengah malam, tetapi hati masih tidak tenang. Masih boleh kita dengar keluh resah tentang masaalah dunia, masih mengungkit-ungkit kesilapan orang lain, masih terbuka mulut untuk mengata, masih mengharap belas ihsan dari orang, mengharapkan pujian dari orang bila melakukan sesuatu kebaikan.

Inilah tandanya kita belum beriman, tidak kenal Zat dan sifat, asma`a, dan afa`al Allah sedangkan umur telah hampir ke penghujung. kita telah dikaburkan oleh amalan-amalan ibadah yang tidak tepat yang hanya sia-sia belaka kerana kurangnya ilmu atau tidak ada keikhlasan atau tempat tuju ibadah tersebut.

Siapa yang takut tetapi tidak berhati-hati, tiada guna takutnya itu. Siapa yang mengharapkan pahala tanpa amal, tidak berguna harapanya itu. Siapa yang niat tanpa perlaksanaan, tiada guna niatnya itu. Siapa yang berdoa tanpa usaha, tidak berguna doanya itu. Siapa yang istighfar tanpa menyesal, tiada guna istighfarnya itu. Siapa yang tidak menyesuaikan yang lahir dan batin, seperti beramal hanya pada zahirnya sahaja hatinya tidak ikhlas. Siapa yang amal tanpa ikhlas tidak berguna amalanya itu.

Abdullah bin almubarak meriwayatkan dari Abu Bakar bin Maryam dari Dhomirah dari Abi Habib berkata : Rasullullah bersabda :

“Adakalanya malaikat membawa amal seorang hamba dan mereka menganggap banyak dan mereka menyanjungnya sehingga sampai ke hadrat Allah, maka Allah berfirman kepada mereka : Kamu hanya mencatat amal hambaku, sedang Aku mengawasi isi dan niat hatinya. Hamba ku ini tidak ikhlas padaku dalam amalnya maka catatkanlah dalam sijjin”

Sedangkan kita manusia hanya pandang pada hati tetapi Allah menilai hati hambanya. Sebab itulah sebelum beramal kita perlu berilmu supaya kita tahu apa tujuan amalan, kepada siapa kita beramal dan kita sedar amalan itu hanyalah dengan izin dan kuasa dari Allah. Kita sebagai manusia tidak terdaya melakukan apa-apa. Jangan sesekali apabila kita diuji dengan bala atau penyakit kita berkata “Ya allah, tidak cukupkah lagi ibadah dan amalan yang kita lakukan selama ini?” padahal ibadah yang kita lakukan itu pun dengan kehendak Allah. Dan sekiranya kita diizinkan beribadat kepada Allah selama 500 tahun sekali pun, belum cukup untuk membalas nikmat penglihatan yang Allah kurniakan kepada kita belum dikira nikmat-nikmat yang lain lagi.

Dari Abu Hurairah R.A Berkata Nabi S.A.W :

“adakala orang berpuasa dan tidak mendapat apa-apa dari puasanya kecuali lapar dan dahaga. Adakalanya orang bangun malam dan tidak mendapat apa-apa dari bangunnya kecuali tidak tidur semata-mata, yakni tidak mendapat pahala dari amalnya.”

“Dan kami periksa semua amal perbuatan mereka, lalu kami jadikan debu yang berterbangan” (Al-Furqan:23)

Sebab itu lah jangan sekali fikir yang kununnya kita dah banyak beribadah maka kita dah selamat. Belum tentu ibadah itu diterima. Dan selamatnya kita bukan sebab ibadah atau pahala yang kita lakukan tetapi selamatnya kita adalah kerana rahmat Allah.

Sekiranya kita baru tersedar, maka segeralah bertaubat. Bertaubat bukan tunggu bila tua ketika sudah bertimbun dosa dan hijab didalam hati kita, tetapi lebih mudah sekiranya bertaubat lebih awal. Tiada pintu yang lebih luas Allah jadikan seluas pintu taubat.

“Sesungguhnya Allah menyesatkan siapa yang dikehendakinya dan memberi petunjuk ke jalan agamanya sesiapa yang bertaubat kepadanya. (iaitu) Orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenang dengan zikrullah(mengingati Allah), ketahuilah dengan zikrullah itu hati menjadi tenang.” (Al-rad : 27-28)

Allah sentiasa memberi petunjuk atau bimbingan kepada sesiapa yang bertaubat kepadanya. Maka janganlah kita takut untuk bertaubat, segerakanlah insyaallah akan dibukakan jalan kepada kita seperti yang dijanjikan Allah.

“Sebaliknya orang yang mahu menerima petunjuk (ke jalan yang benar) allah tambah hidayah kepada mereka dan memberi dorongan kepada mereka untuk bertaqwa” (Muhammad : 17)

Renungkanlah dalam diri kita. Benarkah apa yang tertulis sama dengan apa yang kita alami? Dimana letaknya kuality seorang islam itu sekiranya cukup apa yang telah kita lakukan selama ini. Rata-rata setiap perbuatan kita bukanlah semata-mata kerana Allah tetapi kerana ada sebab atau tujuan yang lain selain Mengesakan Allah padahal beribadat selain kerana Allah itu salah. Atau lebih senang difahami, beribadat tanpa betul tujuan atau syahadah itu salah. Ibadah mestilah didirikan diatas paksi keimanan yang kukuh.

Paksi Keimanan

Kesimpulannya, dari 5 rukun islam, penyaksian syahadah adalah paksi bagi yang lainnya kekuatan bagi yang lainnya kerana disinilah letaknya penyaksian tauhid. Setiap ibadah yang lainnya masih tertakluk pada pengakuan tadi. Ianya mestilah mengelilingi berpegang teguh pada paksi yang satu tadi. Tanpa pegangan, maka akan goyanglah yang lain nya bahkan boleh terkeluar dari garis peredaran yang ditetapkan sehingga terlepas entah kemana.

Peredaran dan kedudukan paksi adi bolehlah kita samakan dengan yang kita lihat seperti bulan mengelilingi bumi, dan bumi mengililingi matahari atau umpama sebatang pokong yang akarnya kukuh mencengkam ketanah pastinya setiap sesuatu yang teguh itu akan tetap utuh pada tapaknya.

“Tidakkah engkau lihat (wahai Muhammad) bagaimana Allah mengemukakan satu perumpamaan iaitu : Kalimah yang baik (Kalimah tauhid) adalah seperti sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjang) tetap teguh, dan cabang pucuknya menjulang kelangit”(Ibrahim : 24)

Kekuatan inilah yang menjadi pegangan Bilal ibnu Rabbah R.A. Keteguhan yang menjadikan Sumaiyyah Khayyat masih berpegang dengan islam dan keyakinan,keutuhan iman Mush’ab bin Umair, pengorbanan nabi nuh untuk kaumnya, ketaatan Nabi Ibrahim ketika melakukan pegorbanan terhadap anak kesayangannya dan banyak lagi kisah sejarah pegorbanan hamba kepada sang maha pencipta.

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari kaum mukminin, diri, dan harta mereka, bahwasanya mereka mendapatkan balasan Syurga.” (QS. At-Taubah: 111)

 http://splashurl.com/kamoe7r

Amalan syahadah

Syaitan memang tugasnya untuk menyesatkan manusia pada setiap masa terutama ketika kita hendak mengerjakan amal ibadah. Apabila kita hendak mengerjakan solat, akal akan memberitahu bahawa telah masuk waktu dan menghantar isyarat untuk kita berwuduk dan mendirikan solat. Ketika hendak mendirikan solat, bila takbir sahaja mulalah hati kita terasa was-was, teringat itu ini, melayang kesana kemari kenapa? Sebab diganggu iblis. Iblis ini duduknya didalam hati orang yang tidak mengingati Allah. Hati ini lah yang selalu menjadi mangsa yang mudah untuk bisikan iblis. Jadi untuk menghalang bisikan iblis kita perlu ingat pada Allah atau zikrullah seperti firman Allah :

“Sesungguhnya hamba-hamba ku (yang beriman dengan ikhlas) tiadalah engkau (iblis) mempunyai kuasa terhadap mereka. Cukuplah tuhanmu menjadi pelindung (al-Isra:65)

Zikir itulah yang menjadi pelindung dari syaitan. Zikir yang layak bagi hati(roh) ialah zikir kalimah Allah. Dan zikir Allah inilah yang membawa kita kembali pada Syahadah yang awal tadi kerana zikir inilah yang dinamakan amalan syahadah. Atau roh yang bersyahadah yang selama ini tidak diajarkan kepada kita. Zikrullah ini mestilah dilakukan tidak kira masa. Selagi kita sedar maka hendaklah sentiasa berzikir didalam hati. Zikir ini tiada sesiapapun yang mengetahui melainkan Allah.

“Orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ketahuilah dengan zikrullah itu hati manusia menjadi tenang” (Ar-Rad:28)

Dengan adanya amalan syahadah maka tertutuplah segala macam bisikan syaitan. Tertutuplah kita dari gangguan-gangguan yang selalu berkata-kata didalam hati ini. Dan apa bila tertutup gangguan iblis insyaallah apa yang kita lakukan akan terus kerana Allah bukan lagi kerana selainnya.

Amala syahadah juga tidak boleh berhenti pada setiap detik, setiap saat. Kerana berhenti sedetik akan membuatkan iblis kembali menduduki istana didalam hati kita seperti yang dinyatakan didalam ayat diatas. . Itulah yang diberitahu kepada kita didalam Al-Quran.

“Wahai orang yang beriman, ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan zikir yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kepadanya waktu pagi dan petang (Al-Ahzab:41-42)

Selalulah kita menyebut nama Allah pada setiap masa supaya kita sentiasa ingat padanya. Pada setiap kali kita dirikan solat, itulah kemuncaknya mengingati Allah. Solat itu ialah penyerahan kepada Allah apa yang dah kita buat setiap waktu. Bermakna sekiranya kurang kita mengingati Allah, malulah kita sewaktu kita membentangkan kerja-kerja kita.

Samalah dengan kerja seharian apabila diminta untuk membentangkan kerja atau proposal bagaimana perasaan bila tak dapat siapkan kerja tadi? Pastinya gelisah, malu dan takut untuk mengadapnya. Itu lah yang patut di rasa kerana sesungguhnya dialah tempat kita mengadu dan meminta. Dari hari kehari dia tidak lupa kepada kita. Setiap pagi kita bangun dari tidur kita terus hidup. Bagaimana kalau Allah sengaja lupakan kita sesaat? Pastinya terhenti degupan jantung dan kakulah seluruh tubuh.

Jadi selepas ini sekiranya kita solat terasa tidak kusyuk, terasa kosong, maka sebabnya ialah kerana tidak ada zikrullah pada hati diketika sebelum masuknya waktu. Dengan zikrullah itu ibadah yang lainnya akan terpelihara oleh bisikan syaitan insyaalah.


Maka sebab itulah dua kalimah syahadah itu diletakkan oleh Rasullullah sebagai rukun islam yang pertama. Kerana Amalan syahadah itu yang terawal dan tidak henti selama kita mengaku kita beriman kepada Allah. Bagi orang yang berakal mendalami ilmu syahadah ini akan membuka satu lembaran, atau satu jalan untuk mencintai Allah dan Rasullullah seperti yang kita doakan setiap hari didalam Al-Fatihah.

http://mukminblog.blogspot.com/2008/12/amalan-syahadah.html