Daripada Saiyidina 'Umar juga, r.a. beliau berkata:
Ketika kami sedang duduk di sisi Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba
muncul
di hadapan kami seorang lelaki yang memakai pakaian yang sangat putih,
berambut sangat hitam, yang tidak ternampak pada dirinya kesan-kesan
tanda musafir dan tidak seorang pun di kalangan kami yang mengenalinya.
Lalu
dia duduk menghampiri Nabi SAW lalu disandarkan kedua-dua lututnya ke
lutut Baginda dan meletakkan dua tapak tangannya atas dua paha Baginda
seraya berkata:
Wahai Muhammad! Terangkan kepadaku tentang lslam.
Lalu Rasulullah SAW bersabda: lslam itu bahawa engkau naik saksi bahawa
tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu utusan Allah, (dan
bahawa) engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di
bulan Ramadhan, menunaikan haji ke BaitulLah (Mekah) sekiranya engkau
berkuasa mengerjakannya.
Lelaki tersebut berkata: Benarlah engkau..
Maka kami pun merasa hairan kepadanya, dia yang bertanya dia pula yang membenarkannya.
Dia bertanya: Terangkan kepadaku tentang lman..
Baginda
bersabda: (lman itu ialah) bahawa engkau percaya kepada Allah, para
MalaikatNya, Kitab-kitabNya, para RasulNya, hari Qiamat dan bahawa
engkau percaya kepada Qadar baik dan buruk.
Lelaki itu berkata: Benarlah engkau..
Dia berkata lagi: Terangkanlah kepadaku tentang Ehsan. .
Baginda
bersabda: Ehsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah
engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatnya, maka
sesungguhnya Dia melihatmu. - Hadis riwayat al-lmam Muslim.
Saudara
ku yang ku kasihi sekalian, seharian kita disibukan dengan kerja-kerja
yang harus diselesaikan. Kita bekerja untuk menanggung keperluan diri
dan keluarga supaya kita menjadi manusia yang berguna kepada masyarakat
seterusnya kepada agama dan Negara.
Didalam kesibukan harian, kita diuji oleh Allah menghadapi pelbagai
masaalah, dugaan, tekanan, penyakit dan pelbagai macam kesempitan. Dan
dimasa lainnya kita pula dikurniakan kegembiraan, kesenangan, keindahan
kelapangan dan pelbagai lagi nikmat yang menunjukkan kita semua hanyalah
hamba kepadanya. Hamba kepada Dia Yang Maha Adil. Kita meminta dan
berharap kepada sesuatu dan bukanlah kita yang memberi atau berkuasa
untuk mengadakan sesuatu.
Sebelum saya teruskan menulis sekeping
warkah yang didalamnya ada penceritaan, perjalanan dan pengetahuan, yang
saya kumpulkan dari Alquran, hadis, pengalaman dan apa yang dipelajari
selama ini,
harapan saya ialah supaya dengan secebis nota ini, kita sama-sama
deberikan hidayah dan petunjuk dalam perjalanan kita menuju kepadanya.
Perjalanan yang telah pun kita lalui selama ini, tetapi masih
tercari-cari, tidak nampak tempat tujunya atau jalan kesudahannya.
Sesungguhnya dialah yang maha pemberi petunjuk dan hidayah kepada orang
yang dikehendakinya.
Syurkurlah kerana kita dilahirkan sudah
sediakala Islam. Itu adalah salah satu hidayah yang telah dikurniakan
maka haruslah kita selami tentang agama Allah ini.
Seperti
yang dinyatakan oleh Rasullullah didalam hadis diatas, islam itu terdiri
dari 5 perkara dimana yang pertamanya penyaksian bahawa tiada tuhan
melainkan Allah dan Muhammad itu itusannya. Seterusnya solat lima waktu,
puasa, zakat dan haji.
Apa yang hendak saya perbincangkan disini
ialah tentang rukun islam yang pertama yang mana kita semua tahu tetapi
tidak telah kita tinggalkan amalan-amalannya, rukun dan ketegasannya.
Seterusnya kita lihat didalam hadis yang lain, dari Abu Abdul Rahman Abdullah ibn 'Umar ibn al-Khatthab beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:
“lslam
itu terbina atas lima perkara: Naik saksi mengaku bahawa sesungguhnya
tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad itu adalah
Utusan Allah, Mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, mengerjakan
haji ke baitullah dan menunaikan puasa pada bulan Ramadhan.”- Hadis
riwayat al-lmam al-Bukhari dan al-lmam Muslim.
Disebut lagi oleh
Rasullullah S.A.W dua kalimah tadi adalah yang pertama kemudian barulah
diikuti solat dan seterusnya. Begitulah penekanan oleh Allah dan
Rasulnya tetapi kita masih tidak menyedari. Seterusnya saya ambil lagi
bukti-bukit pentingnya Dua Kalimah Syahadah didalam Alquran dan ibadah
yang lainnya.
“Dan Kami tidak mengutus sebelummu (wahai
Muhammad) seseorang Rasul pun melainkan Kami wahyukan kepadanya: "Bahawa
sesungguhnya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Aku; oleh
itu beribadatlah kamu kepada-Ku".
[al-Anbiyaa’ : 25]
Apa
yang dibawa oleh semua rasul adalah sama iaitu kalimah Tauhid. Sebagai
umat islam kita juga dilaungkan Azan. Dua kalimah syahadah juga ada
disebut setiap ia dilaungkan.
“Wahai orang yang beriman! Apabila
diserukan azan untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka
segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah”(al-Jumaah: 09)
Azan
itu menyedarkan manusia kepada kewajipan untuk mengadap Allah. Didalam
azan disebutkan Tiada tuhan yang disembah selain Allah dan Aku naik
saksi Muhammad itu pesuruhnya.
Kita lihat pula didalam Bacaan Tahyat :
“Segala
penghormatan yang berkat selawat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik
saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya
Muhammad itu adalah pesuruh Allah.”
Dari perkara diatas maka
disimpulkan bahawa betapa pentingnya Dua Kalimah Syahadah itu dari yang
lainnya. Solat itu yang kedua diikuti puasa dibulan ramadhan,
mengeluarkan zakat dan Haji.
Tanpa syahadah, tertolaklah rukun
seterusnya tanpa syahadah terbatallah islam seseorang itu maka rosaklah
akidah kerana syahadah adalah penyaksian tauhid hanya pada satu dan
mengaku rasul itu contoh.
Syahadah juga diucapkan dengan gengaman
erat sambil menunjukkan dialah Allah yang satu. Dan juga menandakan
Ucapan Dua Kalimah itu satu atau pertama atau yang utama pada setiap
tahyat didalam solat bila kita mengerjakan solat. Disuruhnya kita
genggam menandakan itulah pegangan utama.
Kita telah ditakdirkan
Allah s.w.t dilahirkan didalam keluarga islam. Secara automatiknya kita
didik untuk menjadi seorang yang beragama islam dari segi akhlaknya,
pakaiannya, adab sopan kemudian diajar tentang tauhid bahawasanya allah
itu tuhan dan Nabi Muhammad itu pesuruhnya. Seterusnya diajar mengenal
huruf-huruf Al-quran sehingga pandai membaca dan bersolat. Tiba dibulan
ramadhan pula dilatih untuk berlapar dahaga kerana berpuasa. Begitulah
seterusnya diajar mengenal kewajiban untuk berzakat dan haji sehingga
lah menjadi dewasa lengkaplah pengetahuan kita tentang 5 rukun islam.
Tetapi
adakah sudah cukup didikan yang terima selama ini untuk kita tempuhi
kehidupan sebagai seorang islam atau yang lebih kualitinya seorang
beriman? Apakah apa yang telah dipelajari dan diamalkan oleh kita
merangkumi lahir dan batin atau kulitnya sahaja atau jasadnya sahaja.
Ucapan
dua kalimah itu bagi kita hanyalah dalam bentuk perkataan sahaja. Tiada
huraian selanjutnya atau tidak pernah mengambil tahu apakah ertinya.
Tidak juga pernah memikirkan mengapa kalimah syahadah ini yang
disebutkan paling utama oleh Rasullullah? Sedangkan dengan kalimah
inilah akan bertapaknya iman seseorang islam dan dari sini jugalah
datangnya keteguhan iman seseorang seperti firman Allah :
“Allah meneguhkan (pendirian) orang yang beriman dengan kalimah yang teguh dalam kehidupan dunia dan akhirat” (Ibrahim : 27)
Bererti
disini, Allah yang menguatkan keteguhan (iman) orang-orang yang percaya
dengan yakin dan terbukti dengan amalan yang telah dilakukan, dengan
kalimah(tauhid) untuk menghadapi kehidupan didunia dan di akhirat.
Kita
mengaku adanya Allah dan rasulnya tetapi tidak mengikut syarat, amalan
dan kesaksian pengakuan itu. Kita pada zahirnya sahaja mengaku Islam
sedangkan pengakuan yang tanpa disertakan keteguhan pastinya akan luntur
sebagaimana firman Allah :
“Kalau kamu bertanya mereka: Siapakah
menciptakan mereka, nescaya mereka menjawab Allah.Maka bagaimanakah
mereka dapat dipalingkan daripada menyembah Allah yang sebenar (kepada
menyembah yang lain) dan (Allah mengetahui) ucapan Muhammad s.a.w., ‘Ya
Tuhanku sesungguhnya mereka itu adalah kaum yang tidak beriman.’ Maka
berpalinglah (hai Muhammad) daripada mereka dan katakanlah: Salam
(selamat tinggal semuanya), kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka
yang buruk).” (al-Zukhruf 43: 87 – 89)
Lihatlah ketegasan Allah
didalam menghukum orang yang hanya mengaku Allah itu tuhan tetapi tanpa
merealisasikan didalam kehidupan seharian, dia akan dibalas dengan
balasan yang buruk dimana rasullullah juga diarahkan supaya meninggalkan
golongan tersebut.
Kalau kita perhatikan ayat diatas, sama lah
dengan kita pada hari ini, kita mengaku Allah itu tuhan tetapi setakat
mana? Setakat berkata dimulut tanpa diikut dihati. Lihatlah diri kita
sendiri dan fikirkan apakah kita telah melakukan dengan perbuatan atau
setakat hanya lafaz dimulut.
Kita tidak juga memahami isi kandung
Al-Quran. Ada yang hanya meletakkan Al-Quran sebagai perhiasan. Jika
ada pun yang membaca, bacaan Al-Quran hanyalah sebagai lagu-lagu yang
sedap didengar tanpa memahami walau satu ayat.
“Sesungguhnya kami
telah turunkan kepadamu sebuah kitab (Al-Quran) yang mengandungi
sebab-sebab kemuliaan untuk kamu mengapa kamu tidak memahaminya”
(Al-Anbiyaa : 10)
Maka jawablah kita nanti didepan Allah dihari pembalasan kemudian hari.
Begitulah
kita telah dipesongkan oleh keadaan, dipesongkan islam kita oleh
keadaan dan budaya kita dan sekiranya masih tidak sedar siapa lagi yang
nak sedarkan diri melainkan diri kita sendiri.
Cuba bayangkan
sekiranya kita diuji ditempat Bilal Bin Rabbah, atau Sumaiyyah yang amat
memeritkan. Adakah masih boleh pertahankan iman? Tidak payahlah tunggu
ujian sebegitu, nak makan minum pun adakalanya masih terlupa nak baca
Bimillah.
Pernahkah terfikir apa yang diajarkan Rasullullah
kepada para sahabat R.A. sehingga begitu teguh imannya walau baru
setahun jagung memeluk islam? Dimana silapnya kita yang telah menjadi
orang islam selama puluhan tahun tetapi jauh beza tingkatan imannya
dengan Bilal atau Sumaiyyah? Bolehkah dikatakan Bilal dan Sumaiyyah tadi
tak sama macam kita pada hari ini, dia dilebihkan oleh Allah sedangkan
kita ketahui Allah itu maha adil.
Pastinya ada kelemahan didalam penekanan didalam pembelajaran agama kita hari ini.
1.
Dua Kalimah Syahadah : Yang kita fahami ialah Allah itu satu, dialah
tuhan yang menjadikan. Yang kedua kita faham Nabi Muhammad itu pesuruh
Allah menjadi contoh akhlak kita. Sekadar menjadi ucapan ketika solat
setiap hari.
2. Solat : Kita bersolat kerana takut meninggalkan
solat. Ketika kecil diajar solat kerana tak mahu mendengar ibu dan bapa
berleter. Sehingga dewasa solat kita hanya bacaan kosong dengan hati
yang masih berangan-angan.
3. Puasa : Diajar berlapar dahaga
kerana puasa tidak boleh makan minum. Berpuasa kerana malu dengan
kawan-kawan, berpuasa kerana bila berbuka dapat makan sedap-sedap.
4. Zakat : Kita tahu bila dah mula bekerja dan bila tiba bulan Ramadhan.
5. Haji : Rukun islam yang kelima ni hanya untuk orang-orang tua itupun kalau berkemampuan.
Inilah
rukun islam kita pada hari ini. Tanpa ada penekanan atau ketegasan
didalam menjalankan rukun tersebut. Kita juga diajar untuk mencintakan
dunia. Anak kecil diajar untuk belajar sehingga pandai supaya dapat ke
universiti habis belajar boleh hidup senang, berpangkat terbalas juga
titik peluh ayah ibu membela selama ini. Inilah tujuan hidup yang
ditanamkan oleh ibubapa pada hari ini. Benarkah ini yang dituntut oleh
Islam?
“Katakanlah, ‘Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara,
isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan,
perniagaan yang kamu khawatir akan kerugiannya, dan rumah-rumah tempat
tinggal adalah lebih kamu cintai daripada Allah, Rasul-Nya, dan dari
berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan
keputusan-Nya.’ Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang
fasik.” (QS. At-Taubah: 24)
Maka apa yang tertulis didalam
al-Quran itu pastinya lebih benar. Tujuan hidup semata-mata kerana
tujuan matarealisitk atau ke duniawi sahaja itu adalah salah. Belajar,
bekerja dan beribadah tanpa tujuan untuk mencintai Allah dan Rasulnya
adalah tidak seiring dengan apa yang dituntun AlQuran. Sedangkan tujuan
sebenar kehidupan ini ialah untuk mencintai Allah, Rasullullah dan
berjihad dijalan Allah. Disinilah baru kita nampak islam itu bukan hanya
pada ketika solat, puasa, zakat dan haji tapi islam itu adalah
menjunjung sepenuhnya dihati pada setiap masa dengan tauhid yang teguh
untuk mencintai Allah dan Rasullullah dan sanggup bekorban apa sahaja
demi jalannya.
“Dan tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepadaku” (al-Zariyat:56).
Maka
setinggi mana kita belajar, setinggi mana pangkat kita, setinggi mana
kedudukan kita, kembaliah kepada dua tujuan utama iaitu mencintai Allah
dan Rasullullah dan itulah yang telah ditulis oleh Al-‘Aqlim yang Maha
Mengatahui didalam kalimah Asy hadu anlaa ila ha illallah, Wa asy hadu
anna Muhammadar Rasullullah.
Kalimah tauhid inilah yang
ditegaskan pada awalnya oleh Rasullullah didalam mendidik para sahabat
R.A. sehingga begitu kuat keimanan, terasa begitu rendah dirinya disisi
Al-`Aliy Yang Maha Tinggi dan Mulia. Dibacakan ayat-ayat suci alquran
sehingga bercucuran titisan air mata para sahabat kerana dapat menangkap
dengan tepat maksudnya. Berbeza dengan kita, kita disuruh bersolat,
mengaji puasa dahulu sedangkan iman kita atau tauhid kita masih belum
ketentuan masih longlai sehingga setiap kali dibacakan ayat-ayat suci
Al-Quran tiada tindak balas dari diri yang dalam.
Cuba kita
perhatikan didalam mana-mana suruhan bersolat dan zakat, Allah pasti
tujukan kepada orang beriman iaitu orang yang telah bertapaknya syahadah
dengan kukuh dihati bukan kepada orang islam yang belum beriman.
“Katakanlah
kepada hamba-hamba ku yang beriman; Hendaklah mereka mendirikan solat
dan menafkahkan sebahgian dari apa yang kami kurniakan kepada mereka
sama ada Dengan merahsiakan pemberianNya itu atau Dengan terbuka;
sebelum datangnya hari Yang tidak ada jual beli padanya, dan tidak ada
sahabat handai (yang dapat memberikan pertolongan)” (Ibrahim:31)
Dan
banyak lagi ayat-ayat yang rata-ratanya menyuruh orang yang beriman
untuk melakukan kewajipan rukun Islam. Sebab itulah ada diantara kita
rajin bersolat, ada yang bangkit ditengah malam, tetapi hati masih tidak
tenang. Masih boleh kita dengar keluh resah tentang masaalah dunia,
masih mengungkit-ungkit kesilapan orang lain, masih terbuka mulut untuk
mengata, masih mengharap belas ihsan dari orang, mengharapkan pujian
dari orang bila melakukan sesuatu kebaikan.
Inilah tandanya kita
belum beriman, tidak kenal Zat dan sifat, asma`a, dan afa`al Allah
sedangkan umur telah hampir ke penghujung. kita telah dikaburkan oleh
amalan-amalan ibadah yang tidak tepat yang hanya sia-sia belaka kerana
kurangnya ilmu atau tidak ada keikhlasan atau tempat tuju ibadah
tersebut.
Siapa yang takut tetapi tidak berhati-hati, tiada guna
takutnya itu. Siapa yang mengharapkan pahala tanpa amal, tidak berguna
harapanya itu. Siapa yang niat tanpa perlaksanaan, tiada guna niatnya
itu. Siapa yang berdoa tanpa usaha, tidak berguna doanya itu. Siapa yang
istighfar tanpa menyesal, tiada guna istighfarnya itu. Siapa yang tidak
menyesuaikan yang lahir dan batin, seperti beramal hanya pada zahirnya
sahaja hatinya tidak ikhlas. Siapa yang amal tanpa ikhlas tidak berguna
amalanya itu.
Abdullah bin almubarak meriwayatkan dari Abu Bakar bin Maryam dari Dhomirah dari Abi Habib berkata : Rasullullah bersabda :
“Adakalanya
malaikat membawa amal seorang hamba dan mereka menganggap banyak dan
mereka menyanjungnya sehingga sampai ke hadrat Allah, maka Allah
berfirman kepada mereka : Kamu hanya mencatat amal hambaku, sedang Aku
mengawasi isi dan niat hatinya. Hamba ku ini tidak ikhlas padaku dalam
amalnya maka catatkanlah dalam sijjin”
Sedangkan kita manusia
hanya pandang pada hati tetapi Allah menilai hati hambanya. Sebab itulah
sebelum beramal kita perlu berilmu supaya kita tahu apa tujuan amalan,
kepada siapa kita beramal dan kita sedar amalan itu hanyalah dengan izin
dan kuasa dari Allah. Kita sebagai manusia tidak terdaya melakukan
apa-apa. Jangan sesekali apabila kita diuji dengan bala atau penyakit
kita berkata “Ya allah, tidak cukupkah lagi ibadah dan amalan yang kita
lakukan selama ini?” padahal ibadah yang kita lakukan itu pun dengan
kehendak Allah. Dan sekiranya kita diizinkan beribadat kepada Allah
selama 500 tahun sekali pun, belum cukup untuk membalas nikmat
penglihatan yang Allah kurniakan kepada kita belum dikira nikmat-nikmat
yang lain lagi.
Dari Abu Hurairah R.A Berkata Nabi S.A.W :
“adakala
orang berpuasa dan tidak mendapat apa-apa dari puasanya kecuali lapar
dan dahaga. Adakalanya orang bangun malam dan tidak mendapat apa-apa
dari bangunnya kecuali tidak tidur semata-mata, yakni tidak mendapat
pahala dari amalnya.”
“Dan kami periksa semua amal perbuatan mereka, lalu kami jadikan debu yang berterbangan” (Al-Furqan:23)
Sebab
itu lah jangan sekali fikir yang kununnya kita dah banyak beribadah
maka kita dah selamat. Belum tentu ibadah itu diterima. Dan selamatnya
kita bukan sebab ibadah atau pahala yang kita lakukan tetapi selamatnya
kita adalah kerana rahmat Allah.
Sekiranya kita baru tersedar,
maka segeralah bertaubat. Bertaubat bukan tunggu bila tua ketika sudah
bertimbun dosa dan hijab didalam hati kita, tetapi lebih mudah sekiranya
bertaubat lebih awal. Tiada pintu yang lebih luas Allah jadikan seluas
pintu taubat.
“Sesungguhnya Allah menyesatkan siapa yang
dikehendakinya dan memberi petunjuk ke jalan agamanya sesiapa yang
bertaubat kepadanya. (iaitu) Orang yang beriman dan hati mereka menjadi
tenang dengan zikrullah(mengingati Allah), ketahuilah dengan zikrullah
itu hati menjadi tenang.” (Al-rad : 27-28)
Allah sentiasa memberi
petunjuk atau bimbingan kepada sesiapa yang bertaubat kepadanya. Maka
janganlah kita takut untuk bertaubat, segerakanlah insyaallah akan
dibukakan jalan kepada kita seperti yang dijanjikan Allah.
“Sebaliknya
orang yang mahu menerima petunjuk (ke jalan yang benar) allah tambah
hidayah kepada mereka dan memberi dorongan kepada mereka untuk bertaqwa”
(Muhammad : 17)
Renungkanlah dalam diri kita. Benarkah apa yang
tertulis sama dengan apa yang kita alami? Dimana letaknya kuality
seorang islam itu sekiranya cukup apa yang telah kita lakukan selama
ini. Rata-rata setiap perbuatan kita bukanlah semata-mata kerana Allah
tetapi kerana ada sebab atau tujuan yang lain selain Mengesakan Allah
padahal beribadat selain kerana Allah itu salah. Atau lebih senang
difahami, beribadat tanpa betul tujuan atau syahadah itu salah. Ibadah
mestilah didirikan diatas paksi keimanan yang kukuh.
Paksi Keimanan
Kesimpulannya,
dari 5 rukun islam, penyaksian syahadah adalah paksi bagi yang lainnya
kekuatan bagi yang lainnya kerana disinilah letaknya penyaksian tauhid.
Setiap ibadah yang lainnya masih tertakluk pada pengakuan tadi. Ianya
mestilah mengelilingi berpegang teguh pada paksi yang satu tadi. Tanpa
pegangan, maka akan goyanglah yang lain nya bahkan boleh terkeluar dari
garis peredaran yang ditetapkan sehingga terlepas entah kemana.
Peredaran
dan kedudukan paksi adi bolehlah kita samakan dengan yang kita lihat
seperti bulan mengelilingi bumi, dan bumi mengililingi matahari atau
umpama sebatang pokong yang akarnya kukuh mencengkam ketanah pastinya
setiap sesuatu yang teguh itu akan tetap utuh pada tapaknya.
“Tidakkah
engkau lihat (wahai Muhammad) bagaimana Allah mengemukakan satu
perumpamaan iaitu : Kalimah yang baik (Kalimah tauhid) adalah seperti
sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjang) tetap teguh,
dan cabang pucuknya menjulang kelangit”(Ibrahim : 24)
Kekuatan
inilah yang menjadi pegangan Bilal ibnu Rabbah R.A. Keteguhan yang
menjadikan Sumaiyyah Khayyat masih berpegang dengan islam dan
keyakinan,keutuhan iman Mush’ab bin Umair, pengorbanan nabi nuh untuk
kaumnya, ketaatan Nabi Ibrahim ketika melakukan pegorbanan terhadap anak
kesayangannya dan banyak lagi kisah sejarah pegorbanan hamba kepada
sang maha pencipta.
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari kaum
mukminin, diri, dan harta mereka, bahwasanya mereka mendapatkan balasan
Syurga.” (QS. At-Taubah: 111)
http://splashurl.com/kamoe7r

No comments:
Post a Comment