
Di sini tidak di terangkan maksud sifat 20 itu dengan cara yang
mendalam, cuma di terangkan saja bab-bab dari ilmu ini dengan cara yang
kasar sahaja.
Sifat 20 itu boleh dipecahkan kepada kepada empat
bahagian kerana hendak mengenal yang mana satu yang qadim dan yang
baharu, ertinya hendak mengenal yang mana satu Zat, Asmak dan sifat.
Empat bahagian tersebut ialah :
1. Nafsiyah - Erti Nafsiyah ialah menunjukkan ujud diri Tuhan - Wujud
2.Salbiyah
- Menunjukkan ujud sifat ke Agungan Tuhan yang membezakan keadaan
makhluk dan Tuhannya . Sifat Salbiyah itu menunjukkan bahawa Dia adalah
berbeza dengan makhluk ciptaanNya juga sebagai sifat menafikan perkara
yang tidak layak bagi diri Tuhan. Sifat yang menunjukkan ke AgunganNya
ada lima sifat iaitu Qidam, Baqa', Mukhalafatuhu Lilhawadis, Qiyamuhu
Binafsih dan Wahdaniyah. sifat Salbiyah ujud beserta wujud Zat
3. Ma'ani - Ma'ani menunjukkan makhlukNya iaitu
Qudrat, idarat, ilmu, hayat, sama, bashar, kalam
4. Ma'anawiyah - Menunjukkan ujud nama Tuhan yan baik (Asmaul Husna)
Sifat Ma'anawiyah ini menunjukkan sifat ke Besaran Tuhan :
Hayaan, `Aaliman, Qaadiran, Sami`an, Bashiran, Muridan, Kaunuhu Mutakalliman
Dan Pecahan sifat dibahagi kepada dua iaitu Istaghna dan Iftiqar
Istaghna
Istaghna
itu ialah sifat kaya Allah s.w.t yang mengandungi 11 sifat dan
terbahagi pula kepada dua bahagian besar, satu di namakan sifat Jalal,
dan satu dinamakan Jamal :
1. Sifat Jalal
sifat jalal ini mengandungi lima sifat iaitu
a.
Wujud - bermaksud ialah adanya Zat Tuhan perlu bersebab jadinya, tiada
berupa, tiada berbandingan, tidak bertempat, dan tidak bermasa.
"Tidakkah
sudah datang suatu berita di suatu zaman yang telah berlalu mengikut
perhitungan masa yang tidak dapat di sebut-sebut" (Al- Insan:1)
Zat Allah tidak menyerupai apa pun seperti yang dinyatakan didalam Al-Quran;
“Tiada
sesuatupun yang menyerupainya daripada segi Zat, sifat dan
pentadbirannya. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar Lagi Maha Melihat” –
(Al-Syura : 42)
Zat Allah tidak bergantung pada keadaan (tidak bertempat) seperti makhluk yang pasti ada bertempat.
"
Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu
kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada
mereka); Aku perkenankan permohonan orang Yang berdoa apabila ia berdoa
kepadaKu. maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi
perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi
baik serta betul." (Al Baqarah:186)
" Dan Demi sesungguhnya,
Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa Yang
dibisikkan oleh hatinya; Kami lebih hampir kepada dua urat lehernya
iaitu urat leher manusia " (Al-Qaf :16)
Berserahlah pada Allah kerana hanya Allah sahaja yang memahaminya, manusia tidak akan tercapai untuk memahami hakikat DiriNya
b. Qidam – Sedia ada, tidak ada awal dan tidak ada akhir
c. Baqa' – Kekal untuk selamanya. Wajib kekal tiada akhir.
d.
Mukhalafatuhu Taala Lilhawadis – Bersalahan Allah dari sekalian
Makhluk. Bersalahan pada Zat, Sifat dan afal. Bersalahan pada zat
bermaksud dia sajalah yang kaya dari segalanya. Bersalahan pada sifat
bermaksud berkehendak segala makhluk kepadanya dan bersalahan pada afal
Allah bermaksud tiada yang dapat memperlakukan sesuatu seperti perlakuan
Allah.
e. Qiyamuhu binafsih – Berdiri dengan sendiri pada zat,
sifat dan afal - tidak berkehendak berhajat kepada satu sama lain.
Berdiri dengan sendiri pada zat tidak berkehendak pada sifat dan afal.
Berdiri sendiri pada afal tidak berkehendak pada zat dan sifat dan
berdiri dengan sendiri sifat tidak berkehendak pada zat dan afaal kerana
lihat pada Wujud, Qidam dan Baqa. Sekiranya Allah itu berdiri kerana
sesuatu bermakna Allah itu ada awal dan akhir kerana setiap benda yang
ada awal tidak kaya. Dan benda yang ada akhir akan binasa maka
terbatallah Wujud, Qidam dan Baqa.
Kalau begitu adakah Allah
menjadikan dirinya sendiri? Tidak, kerana kiranya Allah menjadikan
dirinya sendiri bermakna dia perlu ujud dahulu kemudian menjadikan.
Mustahil, kerana ini bermaksud Allah ada awal dan berhajat pada yang
lain.
Sifat Jalal ini menunjukkan adanya Tuhan dan adanya
hujah-hujah sifat yang membezakan di antara Tuhan dan makhlukNya, ia di
kenali juga sebagai sifat ke Agungan Tuhan,
2. Sifat Jamal
Sifat Jamal adalah menunjukkan sifat ke Elokkan atau sifat ke indahan Tuhan yang mengandungi sifat iaitu
a.
Sama’a - Mendengar. Mendengar Allah tidak dengan telinga. Tidak dengan
anggota. Tidak tertakluk pada jauh dekat, terbuka atau terhalang, tidak
dari mana-mana arah kerana mendengar Allah itu dengan nyata
keseluruhannya.
Ketika solat, peganglah 3 sifat ini iaitu sama’a
(Allah mendengar kita), Bashar(Allah melihat gerak geri kita) dan Ilmu
(Allah tahu niat kita) dengarkan zikrullah didalam hati kita supaya
tiada bisikan iblis mengganggu.
Selalulah kita beristighfar
kepada Allah kerana hati kita selalu lalai dengan duniawi sehingga kita
terlupa untuk menyebut namanya. Hati kita selalu berangan-angan,
memandang rendah dengan ciptaannya, berdengki, berniat melakukan sesuatu
tidak ikhlas dan lain-lain sedangkan Allah mendengar dan akan disoal
mengenainya.
b. Bashar – Melihat. Melihat Allah tidak dengan
mata. Tidak dengan anggota. Tidak tertakluk pada cahay terang dan gelap,
jauh dan dekat, luar dan dalam, atas dan bawah, atau dari mana-mana
arah kerana melihat Allah itu nyata jelas keseluruhannya.
Melihat
Allah itu tidak ada batasannya. Tidak berkelip. Allah melihat semua
makhluknya tidak dengan benci dan kasih, tidak juga dengan sebab buruk
atau baik, tidak dengan puas atau jemu. Maka takutlah kita kepada Allah
kerana dia sentiasa sedang memerhati kita setiap saat apa yang hendak
kita jawab dengan apa yang kita lakukan selama ini. Malulah dengan Allah
kerana kita selalu lalai kepadanya sedangkan kita dijadikan hamba untuk
tunduk beribadah kepadanya setiap detik.
c. Kalam –
Berkata-kata. Berkata-kata Allah tidak dengan Mulut, Tidak dengan
Anggota. Tidak tertakluk pada huruf, suara, tidak berbilang, tidak
dahulu dan tidak kemudian, tidak berbisik, tidak menjerit.
Sebelum
kita mendirikan solat angkatlah tangan kepada Allah bersyukurlah kita
dengan qudratnya kita diberi daya untuk mendirikan solat. Dengan sifat
kalamnya kita diajar untuk melakukan satu-satu ibadah yang amat indah.
Ibadah yang membawa kita tunduk menunjukkan kita hamba kepadanya. Itulah
saat yang amat manis yang dikurnikan Allah kepada umat islam semasa
kita hidup yang tidak ada dalam agama lain. Dan saat ini juga yang akan
dikenang nanti ketika jasad kita tidak lagi mampu bergerak lagi.
d. Sami`un – Yang sentiasa mendengar
e. Mutakallimun - Yang berkeadaan berkata kata
Sifat
ini menunjukkan Dia memilikki sifat mendengar,melihat dan berkata-kata
dan lazim kepada sifat tersebut pula yang bertaraf AsmakNya yang membawa
kepada maksud Yang Maha Mendengar, Yang maha Melihat dan Yang maha
Berkata-kata, sifat ini menunjukkan ujudnya peraturanNya yang di
berikanNya kepada manusia.
Iftiqar
Iftiqar yang membawa maksud
berkehendakkan sekalian yang baharu kepadaNya, istilah ini menunjukkan
semua makhluk ciptaanNya wajib mengadu dan memohon kepadaNya sahaja, ini
menunjukkan ujud makhluk pada istilah ini, yang kemudiannya di kenali
sebagai sifat
1. QAHAR yang terdiri dari sifat
a. Qudrat –
Berkuasa. Berkuasa Allah menjadikan yang tiada kepada ada. Yang lemah
kepada berdaya. Yang mati kepada hidup. Yang berhenti kepada bergerak.
Tidak pula berhad, takat, ketika, musim atau tertakluk pada apa-apa
sekalipun. Tiada berkurangan tidak ada tentangan dan sekatan.
Janganlah
kita merasa lemah, dhaif, kekurangan sehingga tidak lalu makan,
beribadat, ingatlah Allah sentiasa bersama dengan kita dengan tiada
benda yang mampu menjadi sempadannya.
“Dia beserta dengan kamu di mana juga kamu berada” (Al-Hadid:4)
b.
Iradat – Berkehendak Setiap sesuatu yang allah jadikan alah dengan
kehendaknya. Tidak Allah jadikan dengan secara tak sengaja, tidak juga
dengan tabiat kebiasaan, tidak juga untuk mengambil faedah kerana Allah
lah yang menentukan setiap sesuatu yang diciptakannya sama ada lelaki
& perempuan, panjang & pendek, tinggi & rendah, hina &
mulia, hidup & mati, kebaikan & keburukan dan seterusnya.
Setiap
makhluk tidak akan terjadi dengan sendirinya melainkan atas kehendak
Allah. Begitu juga takdir sesuatu yang terjadi diatas kehendak Allah.
Hidup dan mati seseorang pun bukan disebabkan selain Allah kerana hanya
Allah lah yang berkehendak sesuatu itu berlaku.
Manusia perlulah berikhtiar dalam melakukan apa-apa pekerjaan dan berserahlah pada Allah untuk menentukannya.
c.
Ilmu – Mengetahui Dialah yang maha mengatahui yang nyata atau yang
tersembunyi. Tidak ada rahsi dalam ilmu allah kerana semuanya bagi allah
itu nyata. Kita berkata didalam hati atau kita berkata pada lidah sama
sahaja bagi Allah. Kedua-duanya jelas. Ilmu allah tidak kerana belajar,
Allah mengatahui setiap satu yang terjadi pada makhluk di langit dan
dibumi. Ilmu Allah tidak dibatas masa mengetahui setiap perkara dari
sebelum terjadi, ketika terjadi dan selepas terjadi.
Apa sahaja ilmu
yang adalah pancaran dari ilmu Allah. Allah berhak memberikan ilmu
kepada sesiapa sahaja yang dikehendakinya dengan berbagai-bagai cara
yang diinginkannya sesungguhnya dia yang Maha Mengetahui lagi Maha
Bijaksana.
d. Hayat – Hidupnya Allah tidak bermula, tiada dengan
roh, tiada dengan nyawa dan nafas, tidak pula dengan makan dan minum.
Tidak dari tanah,air,api dan angin. Tidak hidup melalui tahun, bulan dan
hari kerana Allah itu Qadim. Allahlah yang memberikan kehidupan kepada
sekalian Makhluk dan dia juga yang mengambil semula apa yang
dikehendakinya.
2. Dan ujud juga sifat Tuhan yang di namakan sifat KAMAL yang menunjukkan sifat Ketuhanan yang mengandungi
a. Qadirun – Yang Berkeadaan Berkuasa
b. Maridun – Yang Berkeadaan Berkehendak
c. Alimun - Yang Berkeadaan Mengetahui
d. Hayyun – Yang Berkeadaan Hidup
Disinilah
para ulamak menjelaskan bahawa jika mahu mengenal Allah maka kajilah
sifat Istaghna dan jika mahu mengenal diri maka kajilah sifat Iftiqar.
IFTIQAR
Ilmu
IFTIQAR adalah untuk kita mengenal diri kita, ilmu ini tersangat luas
kefahamannya sehingga ia melibatkan keilmuan sain jika kita huraikan
dengan luas dan ia boleh di jadikan bahan untuk kajian ilmiah, istilah
IFTIQAR ini telah di perkenalkan oleh ulama ilmu ketuhanan pada zaman
dahulu untuk kita mengetahui tentang diri kita (mengenal diri) dan
perhubungan diri kita dengan Tuhan
IFTIQAR bermaksud berkehendak
sekalian makhluk kepada Tuhan, yang di maksudkan makhluk itu ialah apa
juga yang hidup bernyawa atau tidak mempunyai fitrah nyawa kepada Tuhan,
dan makhluk itu bermaksud alam yang baharu, ertinya apa juga yang di
cipta oleh Tuhan termasuklah manusia, adapun alam itu ialah:
1.
Alam Ulwi, iaitu alam yang tinggi seumpama Qalam, Kursyi, Arsy Lauh
Mahfuz dan lain-lain alam yang belum lagi manusia mampu sampai dan
menyelidikinya dan banyak lagi alam yang tidak di ketahui oleh manusia
2.
Alam Sufli, iaitu alam peringkat bawah termasuklah planet bumi ini dan
planet yang di bawak peraturan Al Quran, alam Sufli ini kita bahagikan
kepada empat bahagian yang perlu kita kaji sebuleh mungkin yang
termampu, alam itu ialah :
a. Alam Jamaat, iaitu alam (makhluk)
yang membeku dan cair serta bole berkembang seperti benda cecair, batu,
benda-benda padat, air, gas dan lain-lainnya
2. Alam Nami, iaitu alam (makhluk) yang berupa tumbuhan yang dapat berkembang biak seperti tumbuhan dan tanaman
3.
Alam Haiwan, iaitu alam (makhluk) haiwan di darat dan lautan serta
udara yang hidup bernafas dan bernafsu tapi tidak boleh berfikir
4. Alam insan, iaitu alam (makhluk) yang bernyawa dan bernafas serta berakal, boleh berikhtiar dan berfikir serta boleh bergerak
Semua
alam-alam yang tersebut di atas berkehendakkan kepada Tuhan dan
beribadat kepada Tuhan dengan cara yang telah di fitrahkan oleh Allah
s.w.t kepada mereka, kita tidak akan membincangkan alam haiwan, Nami dan
alam Jamaat dalam bab ilmu IFTIQAR ini secara menyeluruh akan tetapi
kita akan mempelajari alam Insan secara menyeluruh supaya kita dapat
mengenal diri kita dan perhubungannya dengan Tuhan
Perlu di ingat
bahawa alam yang nyata ini terbahagi kepda dua bahagian pula iaitu alam
yang nyata dan alam yang ghaib yang kedua-dua ini bersatu untuk alam
ini hidup bermakna dan berfungsi, tanpa alam yang ghaib maka alam yang
nyata tidak bermakna apa-apa, seumpama manusia yang mengandungi yang
zahir dan yang batin
Telahah di tetapkan bahawa ilmu IFTIQAR itu
mengandungi sejumlah 9 sifat, kesembilan sifat-sifat ini menunjukkan
fungsi kehidupan manusia sehingga dapat melakukan pengabdian diri
manusia kepada Allah s.w.t sifat-sifat itu ialah:
sifat IFTIQAR
itu adalah sifat yang mengandungi sifat-sifat yang beserta di antara
hamba dengan Tuhannya dengan maksud LAZIM MELAZIMI (bererti tidak
bercerai akan tetapi tidak bersekutu) ertinya sifat IFTIQAR ini
terbahagi kepada 2 bahagian dengan nama yang berlainan iaitu:
Sifat Qahar - sifat memaksa makhluk atau dikuasai Allah. Sifat inilah ujud pada Roh diri.
Sifat Ma`ani
1. Qudrat bermaksud berkuasa – Akan menjadi Roh, berkuasa.
2. Iradat bermaksud berkehendak – Akan menjadi nafsu pada diri.
3. Ilmu bermaksud mengetahui – Akan menjadi akal pada diri
4. Hayat bermaksud hidup – Akan menjadi nafas kehidupan.
Sifat Kamal - sifat kesempurnaan atau sempurna
SIfat Ma`anawiyah
5. Qadirun bermaksud Yang Maha Berkuasa
6. Maridun bermaksud Yang Maha Berkehendak
7. 'Alimun bermaksud Yang Maha Mengetahui
8. Hayyun bermaksud Yang Maha Hidup
Sifat Salbiyah
1.
Wahdaniyah - bermaksud Ke Esaan Tuhan – Esa bagi Zat, Sifat dan afal
yang tunggal. Bermakna Zat allah itu tidak berjirim atau berjisim ia
tunggal. Esa pada Sifat Allah itu tunggal iaitu pada Qudrat, Iradat dan
Ilmu. Yang berbilang-bilang itu takluk dia sahaja. Tiada makhluk yang
bersifat seperti sifat Allah. Dan Esa afaal Allah itu tidak ada sekutu
perbuatan Allah untuk selamanya. Perbuatan Allah sahaja yang mampu
memberikan bekas.
Huraian Zat, Sifat, Afaal dan Asma` Allah
Erti ZAT
Zat
adalah rahsia Allah. Bila kita sebut rahsia bermakna dighaibkan dari
pengatahuan manusia. Tiada apa yang boleh mengambarkan , tiada isyarat
yang dapat memperkenalkan Zat. Antara yang wajib kita percaya sifat bagi
zat ialah sifat nafsiah iaitu Wujud. Zat tidak bernama, Allah ialah
nama termulia bagi zat yang merangkumi semua 99 nama Allah, sifat, afal
dan Rahsia. Bukan zat itu sendiri. Kerana zat itu sendiri rahsia.
Sekiranya zat itu bernama, ia telah sama dengan makhluk. Padahal yang
wajib kita ketahui sifat zat itu bersalahan dengan makhluk.
Setelah
terzahirnya zat tadi baru kita Nampak rangkuman sifat, afal dan
nama-nama Allah rangkuman inilah yang kita sebut Allah dan sifat
kemuliannya ialah Qidam, Baqa', Mukhalafatuhu Ta'ala Lilhawadis,Qiyamuhu
Binafsih dan Wahdaniyah. Ini ada lah sifat salbiyah terzahirnya bagi
zat. Zat itu tetap Rahsia tiada pembayang, tiada kata-kata, tiada
gambarajah yang mampu mensyaratkannya.
Kata setengah Ulama :
Ertinya:
" Tiap-tiap barang yang tersangka-sangka ia dengan segala sangka kamu
itu dan kamu dapat akan dia dengan segala akal kamu itu, maka ia itu
baharu jua seperti kamu."
Setiap apa yang boleh kita samakan
dengan zat itu bermakna itu bukan. Kerana tidak tercapai oleh akal untuk
kita mentafsirkan apa itu zat. afal itu apabila terzahirnya kuasa
Allah. Sifat itu adalah sifat yang wajib kita tahu bagi zat. Bukan
sifatnya zat. Tidak ada apa yang dalam kepala manusia tercapai untuk
menentukannya.
Firman Allah Surah Al Hadid: 3, Ertinya :
Dia
lah Yang Awal dan Yang Akhir; dan Yang Zahir serta Yang Batin; dan Dia
lah Yang Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.( Al Hadid: 3)
Allah
menyatakan kepada kita antara sifat yang wajib kita percaya bagi zat
iaitu Dialah yang Awal dan dialah yang Akhir. Awal disini tidak
bermaksud awal itu dari tiada kepada ada, dan akhir itu bukannya
bermaksud dari ada kepada tiada. Tetapi maksudnya sifat bagi zat itu
Qidam iaitu sedia ada. Macam mana sedia itu rahsianya.
Patut kita
percaya Zat juga bersifat tidak bertempat kalau kita boleh
menetapkannya di satu tempat, maka itu bukanlah dinamakan Zat. Sepert
yang dinyatakan “Dialah bersemayam diatas Arsy” bukanlah bererti Dia
duduk, ditakluki satu tempat atau kawasan iaitu Arsy tetapi bermaksud
Dialah Allah yang berkuasa dari tempat yang amat tinggi kedudukannya.
Atau kekuasaan Allah itu maha Tinggi malah tercapai hingga lebih atas
dari Arsynya. Sama seperti Kaabah, bukanlah rumah itu bererti tempat
tinggal, atau dia ujud didalamnya tetapi menunjukkan dia ujud diatas
kekuasaannya dan dia itu tunggal supaya manusia mengarah kepada satu
tempat tuju iaitu kiblat. Zat Allah adalah miliknya yang mutlaq dan
tersendiri.
Tauhid pada zat
Firman Allah: Surah Al Fatihah: 4-5;
“Ertinya:
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah
sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami
memohon pertolongan.”(Al- Fatihah : 4-5)
Maksudnya Pergantungan
yang mutlaq bahawa Zat Allah lah yang memerintah alam ini dan Dialah
Tuhan Semesta alam dan tidak pula kita syirik kepada Nya.
Erti SIFAT
Sifat
ini ujud apabila berlaku bagi penzahiran zat Allah dengan kuasanya.
Sifat disini bukan beerti sifat zat, tetapi sifat yang wajib diketahui
setelah terzahirnya Zat Allah. Apa saja yang wujud atau terjadi dalam
dunia ini adalah menunjukkan perlakuan sifat Allah. Semua yang wujud
diatas dunia ini asalnya dari penzahiran zat Allah. Terjadinya sesuatu
kejadian itu adalah diatas kehendak dan keredhaan Allah. Tidak ada satu
kejadian itu bukan diatas kehendak dan kemahuanNya.
Firman Allah : Surah Al Baqarah Ertinya:
“Dimana saja kamu berhadapan, disitu kamu lihat wajah Allah” (Al Baqarah:115)
Wajah
bukanlah bererti rupa bentuk, tetapi bermaksud terbekasnya, atau
terpancarnya, atau pembalikan gambaran seperti cermin yang membalikkan
bayang-bayang. Apa yang dilihat didalam cermin itu hanyalah hayalan atau
tidak ujud secara zahirnya tetapi yang asal (Yang didepan cermin)
itulah yang ujud sebenarnya.
Adapun tauhid pada sifat bergantung sepenuhnya kepada Allah dan tidak berhak ke atas sesuatu kecuali dengan izinNya.
a.Laa haiyun – tidak hidup aku, hanya Allah yang hidup
b.Laa alim – tidak mengetahui aku, hanya Allah yang mengetahui
c.Laa samik’ – tidak mendengar aku, hanya Allah mendengar
d.Laa basir – tidak melihat aku, hanya Allah yang melihat
e.Laa qadim – tidak berkuasa aku, hanya Allah yang berkuasa
f.Laa muriid – tidak berkehendak aku, hanya Allah berkehendak
g.Laa mutakallim – tidak berkata-kata aku, hanya Allah berkata-kata
h.Bi haqi ilallah – dialah sebenar-benar yang haq bagi segala-galanya.
Erti ASMA’
Nama-nama
bagi Allah. Nama Allah yang wajib diketahui ada 99. Apa-apa yang
disebut diatas muka bumi ini dan mampu dilafazkan oleh lidah dan hati
merupakan pembayang kepada nama-nama Allah. (Sama ada yang baik atau
yang buruk) Setiap sesuatu itu terjadi dari nama Allah memandangkan
bahawa setiap yang wujud itu adalah membawa nama Allah maka sebenarnya
sentiasa berhubung kait dengan nama Allah. Asma’aulhusna iaitu 99
nama-nama Allah adalah juga nama sifatnya.
Erti Afa`al
Perbuatan
atau perlakuan yang akan menunjukkan bekas. Tiada yang empunya
perbuatan dalam alam ini hanya perbuatan Allah. Tiada perbuatan makhluk
sebesar zarah jua dalam alam ini melainkan dengan Qudrat Allah.
Terjadinya sesuatu yang berlaku diatas dunia ini adalah atas gerak-geri
Allah. Tidak bergerak sesuatu itu kalau tidak diatas kehendaknya.
Firman Allah dalam surah Al Baqarah :
“Allah
jualah yang menciptakan langit dan bumi (dengan segala keindahannya);
dan apabila Ia berkehendak (untuk menjadikan) suatu, maka Ia hanya
berfirman kepadanya: "Jadilah engkau!" Lalu menjadilah ia. (Al
Baqarah:117)
Adapun tauhid pada Afa`al iaitu kelakuan Allah
dimana dengan menafikan kelakuan diri zahir atau makhluk lainnya dan
dengan mengisbatkan semuanya kelakuan zat Allah semata-mata.
Perlakuan
Allah ini bukanlah termaktub kepada yang indah, elok, cantik, kebaikan
sahaja tetapi keburukan, bala, masaalah juga adalah perlakuan Allah.
Contoh
kalau kita diberhentikan kerja. Ini adalah contoh keburukan yang
menimpa. Jadi janganlah melenting, marah, tersinggung sebaliknya yang
pertama kali patut kita sedar ialah itu adalah perlakuan Allah. Setiap
sesuatu terjadi kerna hendaknya. Dan Allah bila dijadikan sesuatu bala
bukan kerana hendak menyiksa hamba, tetapi bertujuan untuk menyedari.
Mungkin kita telah lama lupa pada Allah, Jadi ditunjukkan pada kita
isyarat supaya kembali ingat padanya.
“Tidak dijadikan manusia
untuk selain untuk beribadat kepadaku”. Dalam hendak atau tidak, pasti
akan merasa muram, sedih, dengan kejadian tadi dan kemudian barulah cari
tikar sembahyang, sujud balik pada Allah dan tahap keimanan masa
ditimpa musibah ini amat berlainan. Kita akan berasa kosong sahaja.
Segala angan-angan hilang. Pada masa inilah kita patut ambil kesempatan
kerana ketika hati kita kosong, nafsu pun tertutup yang ujud hanya satu,
Allah. Disinilah terjadinya ketika hamba itu benar-benar mengesakan
tuhannya.
3 Perkara yang perlu kita ingat apabila kita ditimpa musibah.
1. – Tauhidkan Sifat dan Afa`al Allah – Iaitu Tidak terjadi sesuatu itu perbuatan dan kehendak Allah.
2.-
Tauhidkan Asma`a Allah Percaya sesungguhnya dialah sebaik pemimpin –
Allah sentiasa beserta kemana jua kita berada. Ingatlah pada Allah.
3. Setiap keburukan pasti ada jalan keluar sebagaimana firmannya :
“Oleh
itu maka tetapkan kepercayaan mu bahawa sesungguhnya tiap-tiap
kesukaran disertai kemudahan. Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai
kemudahan” (Al-inshirah : 5-6)
Dua kali Allah ulangi didalam ayat
diatas. Sedangkan sekiranya dinyatakan sekali pun wajib percaya. Tetapi
ini menunjukkan Allah benar-benarlah yang akan keluarkan dari satu-satu
musibah.
Begitulah dengan setiap apa jua kejadian yang berlaku
disekeliling kita. Sentiasa esakan Zat, sifat asma dan Afa`al Allah
setiap masa.
Saksilah pada yang banyak itu kepada yang satu.
Kita
melihat dan meyakini semua kelakuan dan perbuatan diatas alam ini
datang daripada yang satu (kesan perlakuan Allah dengan kehendaknya).
Saksilah pada yang satu itu kepada yang banyak.
Melihat dan meyakini perlakuan Allah Dialah yang menghasilkan atau menimbulkan perlakuan diatas alam maya ini.
Saksilah pada yang satu itu kepada yang satu.
Dialah yang nyata.